Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Simple Berlado Kentang Dengan Ikan Bilis! Hidangan Padu Pedas Terangkat!
Sekarang ni musim hujan sejuk je memanjang. Bila cuaca sejuk confirm perut akan cepat lapar! Tapi nak kerap masak tidaklah terlalu rajin kan.
Tekak memang sedap jika dihidangkan dengan makanan berkuah, bubur nasi atau benda pedas-pedas. Lepas tu minum pulak kopi panas sebagai menghangatkan badan. Fuuh!
Untuk yang tak nak masak berulang kali, boleh cuba buat sambal kentang berlado ikan bilis ni. Buat banyak-banyak simpan dalam balas atau bekas. Bila rasa nak makan, panaskan nasi putih je pun dah cukup!
Resepi ni dikongsikan oleh Cik Puan NurulAin Alaui kita ni di mana resepi ini diajar oleh arwah ayahandanya. Sehingga sekarang tidak pernah dilupakan dan akan sentiasa kekal diingatan.
Jom saya kongsikan resepi ni kepada anda. Andai ada yang kita manfaatkan, semoga ianya menjadi pahala jariah arwah di sana kan. Semoga bermanfaat!
RESEPI BERLADO KENTANG DENGAN IKAN BILIS
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan Bilis
- Ubi Kentang
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili api merah
- Cili api hijau
- Limau kasturi (Option)
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa makanan
CARA PENYEDIAAN BERLADO KENTANG DENGAN IKAN BILIS :
▶ Mula-mula sekali, potong bulat ubi kentang. Jangan terlalu nipis dan jangan juga terlalu tebal. Kemudian goreng sebentar sehingga masak.
▶ Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan seketika.
▶ Kisar bawang merah, bawang putih, cilia pi merah dan cilia pi hijau. Kisar separa hancur atau kisar kasar.
BACA JUGA: Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat Tomyam Super Sedap! Tak Sanga Resepi Simple Jer Tapi Rasa Memang Padu!
▶ Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
▶ Pastikan garing supaya cili kita betul-betul masak.
▶ Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa makanan secukup rasa.
▶ Seterusnya perah jus limau Kasturi sedikit je. Untuk menaikkan aroma masakan kita.
▶ Sambal dah garing, boleh masukkan kentang dan ikan bilis yang digoreng awal tadi.
▶ Kacau semua bahan supaya sekata.
▶ Bila dah sebati, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Simple je cara nak buat dia, tapi sambal macam ni memang boleh buat kita bertambah nasi tanpa sedar tau! Makan dengan nasi panas, lepastu buat telur mata sebijik. Renjiskan dengan kicap. Perrgh!
Kalau nak buat masakan lain menggunakan sambal yang sama pun boleh juga. Gantikan ikan bilis dan kentang tu dengan ayam goreng ke, ikan keli goreng, ikan kembung goreng atau daging goreng pun boleh.
Rasanya pasti sedap dan pedas terangkat! Jika korang suka makan pedas, boleh lebihkan cili padi mengikut selera tau. Bahan-bahan yang dikongsikan ni tidak dinyatakan berapa biji secara detail kerana ianya bergantung kepada kita untuk pedaskan atau kurangkan pedas.
Kepada yang baru nak cuba, boleh save dulu resepi sambal kentang berlado ikan bilis ni supaya mudah nanti korang nak buat dan rujuk semula resepi mudah ni. Buat untuk hidangan bersama keluarga, confirm tak cukup.
Ingat, buat je banyak-banyak dan simpankan dalam bekas supaya mudah nak berulang makan. Saya ucapkan selamat mencuba ye kawan-kawan!