Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Buat Roti Jala Coklat Untuk Hidangan Minum Petang. Menu Baru Untuk Anak-Anak!
Biasa makan roti jala warna kuning kan? Tapi tahu tak sekarang ni ada pelbagai warna roti jala. Ada warna merah, hijau, kuning, biru dan yang terbaru sekarang ni adalah roti jala coklat.
Menariknya roti jala yang dimakan dengan kari ayam dengan ubi kentang ni ditukar kepada sos coklat. Sudah tentu rasanya seolah-olah makan dessert gitu. Roti jala coklat ni semakin hari semakin ramai yang kongsikan resepinya.
Seperti perkongsian kali ini, resepi daripada Tuan Muhamad Fadzul Ilahi Azhar ni nampak menarik dan senang untuk kita follow. Step by step sama je macam kita buat roti jala yang biasa kita makan tu.
Selain untuk makan sendiri, roti jala coklat ni mendapat perhatian dalam masyarakat sekarang sebagai antara makanan yang boleh dicuba. Disebabkan hal itu, ramai lah yang membuka jualan roti jala coklat ini.
Bagi yang nak belajar buat roti jala coklat yang sedap dengan sos coklatnya, boleh follow resepi yang saya kongsikan di bawah ini. Semoga ianya bermanfaat buat korang semua.
RESEPI ROTI JALA COKLAT
Sesetengah orang tidak suka jika kuih-kuih yang boleh dikatakan tradisional atau memang ada dari dulu-dulu diubah dan dinovasi kepada yang trend mengikut peredaran masa. Lebih senang dan seronok jika kekalkan yang lama.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 3 sudu besar serbuk koko
- 3 sudu besar gula
- Sedikit garam
- 3 sudu besar minyak masak
- ½ cawan susu cair
- Air
CARA PENYEDIAAN ROTI JALA COKLAT :
▶ Mula-mula sekali, masukkan semua bahan-bahan ni dalam mangkuk. Kacau bagi sekata dulu.
▶ Kemudian tuang ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan ni sehingga aduna sebati dan sekata. Adunan ni, kita tidak mahu dia terlalu likat dan tidak pula terlalu cair.
▶ Oleh yang demikian, ketika adunan ini dikisar, pastikan pusaran yang berlaku adalah lebih kurang sebesar ibu jari. Sekiranya pusaran lebih keci daripada ibu jari, maka tambah sedikit air untuk mendapat pusaran sebesar itu.
▶ Bila adunan dah sebati dan cantik, tuangkan ke dalam botol yang bermunjung tiga. Acuan botol roti jala ni boleh dapatkan dari kedai RM2. Lebih mudah digunakan berbanding acuan kuning yang kita pakai dulu.
▶ Panaskan kuali leper. Sapu minyak sedikit. Corakan roti jala mengikut citarasa kita. Bila dah masak angkat dan gulung seperti biasa.
Untuk menghasilkan sos coklat yang sedap, perlu menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Akan tetapi sekiranya nak buat untuk makan-makan je, gunakan apa yang ada sahaja pun okay.
Bahan-bahan untuk sos coklat :
- 200 gram coklat masakan brand Selbourne
- 200 gram susu fullcream
CARA PENYEDIAAN SOS COKLAT :
▶ Didihkan air dalam periuk. Pastikan dah didih, letak mangkuk atau loyang di atasnya.
▶ Masukkan coklat dan susu ke dalam bekas tersebut.
▶ Kacau supaya coklat kita cair sempurna.
▶ Bila sos dah mencair, masukkan ke dalam bekas kecil untuk dijadikan sos roti jala kita tadi.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas. Tip Goreng Ikan Tak Melekat Pada Kuali!
Kepada yang nak mencuba menu baru iaitu roti jala coklat ni boleh cuba ikut sahaja resepi ini. Sebab ianya kelihatan mudah dan saya yakin siapa pun yang mencuba, pasti akan mudah faham dan berhasil.
Roti jala coklat ini sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Sudah namanya coklat, sudah pasti ianya bakal menjadi rebutan anak-anak. Jika ada lebih boleh sedekahkan kepada jiran-jiran tetangga.
Simpan dulu resepi ini supaya mudah nak rujuk kembali. Untuk yang nak mencuba saya ucapkan selamat maju jaya dan selamat mencuba!