Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas. Tip Goreng Ikan Tak Melekat Pada Kuali!
Sesekali tekak rasa nak makan pedas-pedas tapi tidak terlalu rajin nak masak. Oleh itu , cubalah buat ikan kerisi masak kicap pedas ni. Confirm terangkat!
Ikan kerisi sahaja ke? Terpulang kepada kita nak guna ikan apa yang ada. Nak gantikan dengan ayam jugak tiada masalah. Tap ikan kerisi antara ikan yang sedap isinya. Lembut dan manis.
Kepada sesiapa yang ada ikan kerisi tu, jom follow buat menu ni. Menu ni memang mudah nak faham, senang nak buat dan rasa yang sedap. Jadi, yang baru nak belajar memasak sesuai sangat untuk ikut resepi ni.
Resepi dalam perkongsian hari ini merupakan resepi daripada pemilik facebook Tuan Wan Luqman. Seorang lelaki yang rajin memasak dan seringkali postingnya mendapat perhatian pembaca dengan dialek Terengganu yang digunakan.
Walaupun kenal hanay dalam sosial media, saya yakin Tuan kita ni seorang yang sangat peramah dengan semua orang. Untuk anak-anak dan isteri beliau dapat makan sedap-sedap setiap hari.
RESEPI IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS
Resepi ini tidak sesuai untuk peringkat anak-anak kecil sebab kita gunakan cili padi untuk hasilkan rasa pedas. Yang suka extra pedas, boleh tambah lagi cili untuk lebih berselera.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan kerisi
- 8-10 biji cili padi
- 3-4 tangkai cili kering
- 5 ulas bawang putih
- ½ ulas bawang holland
- Kicap manis
- Sos tiram
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN IKAN KERISI KICAP PEDAS :
▶ Mula-mula sekali, siang ikan bersih dan lumurkan dengan garam dan kunyit. Sementara tu panaskan minyak.
▶ Bila minyak dah panas, masukkan ikan goreng sehingga garing. Kemudian angkat dan toskan minyak.
▶ Tumbuk hancur bawang holland, bawang putih, cili padi dan cili kering. Kalau ada food processor ianya lebih mudah.
▶ Kemudian, buang sedikit minyak ikan. Baki minyak tu panaskan dan tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
▶ Dah nampak garing sikit, masukkan sos tiram. Renjiskan kicap manis, garam dan gula secukup rasa
▶ Masak sekejap sampai nampak hampir kering, masukkan 2 sudu besar air.
▶ Kemudian kuah kicap dah sekata dan sebati, boleh padamkan api.
▶ Tuang kuah kicap pedas tersebut atas ikan yang dsiap digoreng tadi.
▶ Akhir sekali, untuk hiasan boleh taburkan daun sup jika suka.
TIP GORENG IKAN TAK LEKAT
▶ Gunakan minyak yang banyak. Untuk seekor ikan pastikan dia tenggelam.
▶ Pastikan kuali dah betul-betul panas, baru masukkan minyak.
▶ Jangan gunakan kuali nipis, tapi gunakan yang tebal atau non stick
BACA JUGA: Resepi Menarik Menggunakan Roti Gardenia. Roti Cheese Dan Crabs Tick Yang Awesome!
Haa senang je kan nak buat ikan kerisi masak kicap pedas ni. Sekali makan dengan nasi putih, siap bertambah tau! Hidangkan pula sekali dengan kerabu mangga atau makanan yang masam-masam sikit.
Bila ada menu baru macam ni, rasa semangat sikit nak buat. Hari-hari sebelum nak mula masak termenung sekejap fikir nak masak apa. Jadi, simpan dulu perkongsian resepi ni supaya mudah nak buat nanti.
Saya harap perkongsian resepi ikan kerisi masak kicap pedas ni boleh memberikan manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba!