Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Terung Goreng Celup Telur Yang Mudah Dibuat. Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!

0 54

Siapa pernah makan terung goreng celup telur? Sedap weh! Tak guna banyak bahan pun. Resepi terung goreng celup telur ni sangat simple nak buat. Sedap di makan dengan cicahan cili kicap. Confirm bertambah nasi dibuatnya.

Setiap kali mak aku beli terung, mesti nak masak terung goreng celup telur. Tapi berbeza sedikit dengan cara kami kat sini. Terung celup telur cara kami hanya menggunkan telur dan tepung ayam goreng. Memang sedap sangat!

Boleh je nak guna tepung ayam yang pedas atau perisa original. Terung ni boleh jadi pembuka selera kami sekeluarga. Lagi-lagi bila di masak celup telur. Hiris terung nipis lagi sedap nak makan nanti. Masakan ni popular dikalangan orang Banjar ye.

Resepi terung goreng celup telur ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nur Hani Izzati. Sangat mudah cara penyediaannya. Resepi ni tak guna tepung ayam goreng. Tapi digantikan pulak dengan cili kisar.

Rasa terung akan pedas-pedas gitu. Nak lagi sedap, korang boleh buat cicah cili kicap yang ada perahan limau. Confirm berebut nak makan nanti. Jom try buat terung goreng celup telur ni kat rumah. Boleh buat lauk malam nanti.

 

RESEPI TERUNG GORENG CELUP TELUR

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan terung goreng celup telur ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 biji terung
  • 2 biji telur
  • Cili kisar
  • Sedikit bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam

CARA PENYEDIAAN TERUNG GORENG CELUP TELUR : 

▶️ Mula-mula hiris nipis terung dan ketepikan. Ikut la nak potong habis atau macam dalam gambar pun boleh. 

▶️ Campurkan 2 biji telur dengan sedikit cili kisar, sedikit bawang merah, bawang putih & garam. Kacau telur hingga sebati.

▶️ Celupkan terung ke dalam telur.

▶️ Kemudian, goreng macam kita goreng ikan. Balik-balikkan sehingga kekuningan.

▶️ Dengan menggunakan sudip toskan minyak di tepi kuali sebelum di angkat ke pinggan.

▶️ Terung goreng celup telur siap untuk hidangan.

BACA JUGA : Resepi Agar-Agar Buah Yang Paling Sedap. Rasa Fresh Je Tekak Bila Makan Nanti!

 

Simple, mudah tapi sangat menyelerakan. Terung ni boleh di masak pelbagai hidangan. Antara masakan terung yang tak pernah jumpa kat kedai makan adalah celup telur macam ni. So, kalau nak makan kena la masak sendiri kat rumah.

Lepas ni aku nak cuba cara goreng terung macam ni pulak la. Bertukar selera la katakan. Kalau nak buat terung goreng yang pedas, boleh la follow cara ni. Kalau tak nak pedas, boleh guna tepung ayam perisa original.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Hani Izzati kerana sudi berkongsi resepi terung goreng celup telur ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open