Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Sayur Lemak Putih Style Kelantan. Resepi Simple Tapi Rasanya Sedap Sangat!

0 1,099

Sayur ni antara lauk yang paling penting untuk kita amalkan setiap hari. Korang suka makan sayur apa? Ha, apa kata korang try resepi sayur lemak putih style Kelantan ni. Confirm nak lagi dibuatnya!

Resepi ni nampak simple ye, tak gunakan banyak bahan pun. Tapi wajib menggunakan isi ikan rebus, santan dan juga sayur-sayuran seperti kangkung, kubis, taugeh, petola, putik jagung, lada solok hijau dan lobak. 

Senang kata lauk ni dimasak dengan pelbagai jenis sayur yang korang suka. Kalau nak lagi mudah, korang beli je sayur campur yang dah siap dalam paket kat pasar tu. Tak perlu beli satu-satu jenis sayur lagi. 

Selain menggunakan isi ikan rebus, korang juga boleh gunakan isi ikan bakar. Rasa sayur ni memang lemak manis. Match kan dengan ikan goreng, ulam dan sambal belacan pun dah cukup sedap. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!

Ada juga yang tanya, kenapa sayur lemak putih Kelantan ni rasanya lain? Ha, mungkin isi ikan tu penyedap sayur ni. Jom kita follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Huda Ramli. Memang tak rugi korang cuba. 

 

RESEPI SAYUR LEMAK PUTIH STYLE KELANTAN 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan lauk ni. Boleh sangat buat lauk makan tengahari atau malam nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Isi ikan rebus
  • Santan
  • Sayur-sayuran (Kangkung, kubis, taugeh, petola, putik jagung, lada solok hijaudan carrot)
  • Gula
  • Garam

CARA PENYEDIAAN SAYUR LEMAK PUTIH KELANTAN :

▶️ Tumbuk halus bawang, lada hitam dan perisikan ikan rebus.

▶️ Masak dulu seketika dengan santan pekat.

▶️ Kemudian, masukkan sayur yang keras dahulu.

▶️ Diikuti dengan sayur yang cepat masak.

▶️ Perasakan dengan garam & gula.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Putu Lompang Ala-Ala Putu Bamboo. Cuma Guna 3 Bahan Je, Rasanya Memang Sedap!

 

Mudah je kan! Pastikan korang tak masukkan sekaligus semua jenis sayur tu. Nanti sayur yang cepat masak akan layu atau overcooked. Tak sedap pula masa nak makan nanti. 

Kalau makan tengahari korang dah makan ikan rebus atau ikan bakar, lebihan yang tak habis tu korang boleh masak lauk ni. Takde lah membazirkan. Takde isi ikan, mesti kurang juga rasa sedap lauk ni. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Huda Ramli kerana sudi berkongsi resepi sayur lemak putih style Kelantan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open