Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Cakoi Yang Lembut Dan Gebu. Buat Sendiri Kat Rumah Lagi Puas Hati!

0 531

Ada tak kat sini penggemar cakoi? Ha, meh sini follow resepi cakoi yang lembut dan gebu. Tak guna kuah hijau tau! Kali ni kita buat cakoi orang Sabah yang menggunakan kuah kaya. Memang sedap sangat!

Cakoi kat Sabah berbeza sedikit dari kat semenanjung. Biasanya cakoi di Sabah akan di belah di bahagian tengah dan di sapu dengan mentega. Saiznya pun sedikit besar dan akan di potong-potong masa di hidang.

Zaman sekarang dah makin modern. Bukan takat pisang goreng dan donut je korang boleh pelbagaikan rasanya. Cakoi ni pun boleh di hias atasnya dengan taburan coklat, cheese, kacang, oreo dan macam-macam lagi.

Kat Menggatal & Inanam point, memang viral cakoi mummy kat sana. Ada macam-macam perisa cakoi korang boleh pilih. Kat sini, tak pernah jumpa lagi. Mungkin korang boleh buat kat sini untuk niaga.

Resepi cakoi yang lembut dan gebu ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Leeina Qaliena. Boleh try dulu sebab resepi ni menggunakan bahan tambahan untuk sedapkan lagi rasa cakoi ni.

 

RESEPI CAKOI YANG LEMBUT DAN GEBU 

Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan cakoi yang lembut dan gebu ni. Sekali dah cuba, pasti korang nak lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 1/2 cawan tepung roti
  • 1 cwn air
  • 1 sd teh yist segera
  • 1 sd bsr gula
  • 1 sd bsr susu pkt
  • 1 biji telur
  • 1 sd teh garam
  • 1/2 sd teh soda bikarbonate
  • 2 sd besar minyak mazola/minyak masak
  • 1 sd bsr shortening
  • Minyak menggoreng

 

Bahan tambahan :
  • 1/2 sd teh cream super (Optional)

CARA PENYEDIAAN CAKOI YANG LEMBUT DAN GEBU :

▶️ Dalam satu bekas, masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata.

▶️ Dalam satu bekas yang lain pula, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan yist segera. Kacau kering hingga sebati sedikit. Dah sebati, buat lubang di tengah-tengah adunan.

▶️ Masukkan bahan campuran gula, garam, minyak, telur dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.

▶️ Masukkan shortening & cream super. Kemudian, uli hingga doh sebati dan lembut.

▶️ Seterusnya, tutup doh dengan plastik wrap dan dibiarkan selama 1 atau 2 jam. Sehingga doh kembang 2 kali ganda.

▶️ Tumbuk-tumbuk doh dan buang angin. Ambil doh sdikit dan digelek dengan roller pin/kayu penggelek. Potong mengikut saiz yang dikehendaki.

▶️ Guna lidi sate celup air dan sapu atas doh yang dipotong tadi dan ditindih dengan satu lagi doh.

▶️ Tarik sedikit doh dan digoreng dalam minyak panas hingga kekuningan dengan api sederahana.

▶️ Angkat dan toskan minyak.

▶️ Bolehlah dihidang dengan sekaya atau kuah kacang.

 

BACA JUGA : Cara Masak Sayur Lemak Putih Style Kelantan. Resepi Simple Tapi Rasanya Sedap Sangat!

 

Sekali ngap, pasti korang nak lagi! Untuk bahan tambahan cream super tu, korang boleh abaikan jika tiada. Bahan tambahan ni digunakan untuk menggebukan lagi kuih cakoi kita.

Bahan cream super tu juga boleh diabaikan kalau korang menggunakan teknik yang betul untuk buat adunan doh. Hasil doh tanpa cream super juga akan jadi lembut dan gebu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Leeina Qaliena kerana sudi berkongsi resepi cakoi yang lembut dan gebu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open