Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Singgang Sotong Yang Simple Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnta!
Ada tak antara korang yang pernah masak resepi singgang sotong? Ha! Biasanya kita jumpa singgang ikan je. Kali ni kita try buat lauk singgang guna sotong pulak. Fuh, memang sedap. Boleh terangkat dibuatnya!
Ada yang kata, tak nak buat singgang sotong ni sebab nanti air sotong tu keluar banyak. Tak jadi masalah pun, sebelum ni kan saya dah pernah share satu tips cara nak basuh sotong yang betul. Follow je tips tu.
Sotong akan di cuci bersih menggunakan garam kasar. Hasilnya sotong yang dicuci akan mengeluarkan buih seperti sabun dan selepas di bersihkan, sotong akan jadi pejal serta tidak mengeluarkan air yang banyak bila dimasak.
Ha! Mudah je kan. Kalau korang guna tips cuci sotong guna garam tu, mesti sotong yang korang masak singgang lebih sedap dan pejal bila di makan. Kuah singgang pun rasa sedap sangat dan berperisa.
So, untuk korang yang baru first time nak buat singgang sotong, elok korang follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Yusni Hamid ni. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Wajib hirup kuah panas-panas lagi sedap!
RESEPI SINGGANG SOTONG
Masak singgang ni boleh buat badan kita rasa lega je. Resepi ni kan di masak berkuah dan di campur dengan serai. Sebab tu lah sesuai di makan waktu malam dan hujan-hujan. Jom tengok bahan-bahan meemaak kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sotong
- Bawang putih
- Serai & lengkuas
- Asam keping
- Garam gula secukup rasa
- Tomato
- Bawang besar
- Lada besar
CARA PENYEDIAAN SINGGANG SOTONG :
▶️ Isikan air dalam priuk dan tumbuk bwg putih & serai masukkan dalam periuk.
▶️ Bila air dah mendidih masukkan sotong.
▶️ Masukkan asam keping,lengkuas, lada, bawang besar garam dan gula secukup rasa.
▶️ Agak-agak dah masak so campakkan tomato. Siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Cakoi Yang Lembut Dan Gebu. Buat Sendiri Kat Rumah Lagi Puas Hati!
Dah siap, bolehlah hidang dengan nasi putih panas-panas. Makan ratah macam tu pun sedap weh. Dapat pula udang yang fresh dan dah di cuci bersih guna garam kasar. Mesti lagi extra sedap dan pejal bila dimakan.
Kalau dah bosan makan singgang ikan, korang dah boleh try pula makan singgang sotong. Resepi ni ala masak singgang sotong Terengganu ye. Lain orang mungkin lain cara masaknya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Yusni Hamid kerana sudi berkongsi resepi singgang sotong ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!