Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Nasi Beriani Gam Simple. Resepi Mudah Guna Rempah Mak Siti
Sesekali bila hujung minggu dapat pekena nasi beriani gam pun sedap jugak kan. Kumpul ramai-ramai adik beradik untuk makan bersama. Baru meriah sikit rumah.
Nak buat nasi beriani gam ni pun tak susah sangat dah sekarang ni sebab dah ramai kongsikan cara yang simple-simple je nak buat. boleh kata sesiapa pun boleh buat dan confirm menjadi.
Terutama sekali bagi yang tengah nak belajar memasak tu, buat nasi beriani gam macam ni confirm bertambah-tambah makannya. Follow je resepi daripada page Maya Farm ni. Serious sedap.
Kebiasaannya, makan nasi beriani gam mestilah ada lauk tambahan atau geng-gengnya sekali. Antara yang biasa dibuat sebagai kawan-kawannya adalah ayam masak merah, kurma ayam, kari ayam, bersama dengan salad atau acar cuka.
Memang padu kalau dapat satu hidangan lengkap macam ni. nak lagi sedap, goreng papadom. Bak kata orang, makan tak angkat muka dan tak pandang kiri kanan dah. Sebab sedap sangat!
RESEPI NASI BERIANI GAM
Bila dengar nasi beriani gam ni, memang kita tahu ada banyak perencah segera yang disediakan, dijual. Dan ada juga yang suka buat awas dan rempahnya sendiri dari awal. Kita? Follow cara mudah yang penting sedap dan menyelerakan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cawan beras Moghul Faiza ( guna beras basmathi)
- ½ ekor ayam (potong saiz sedang-sedang)
- 4 cawan air ( guna cawan beras yang sama)
- 1 senduk rempah beriani Mak Siti
- Bawang merah
- Bawang putih
- 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan bunga cengkih)
- Sedikit daun pudina
- 1 biji tomato ( belah 4)
- 1 sudu minyak sapi.
- ½ senduk minyak masak
- 3 sudu kecil garam
- Pewarna makanan
CARA PENYEDIAAN NASI BERIANI GAM :
▶ Mula-mula panaskan minyak masak dan minyak sapi. Kemudian hiris bawang merah dan bawang putih. Tumiskan sampai naik bau dan bertukar kekuningan.
▶ Masukkan bersama 4 sekawan. Dan tumis sampai wangi.
▶ Seterusnya, bancuh rempah beriani dengan sedikit air untuk jadikan pes. Masukkan dalam periuk dan masak sampai pecah minyak.
▶ Dah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa diikuti dengan 1 cawan air.
▶ Kacau sampai bahan sekata, masukkan ayam. Biar sampai mendidih, tutup periuk supaya ayam cepat masak dan masak sempurna.
▶ Bila ayam dah masak, masukkan daun pudina dan tomato di atas ayam. Tak perlu kacau tau takut tomato hancur.
▶ Kemudian, masukkan beras. Pastikan beras ni sudah direndam dulu sekejap dan basuh bersih. Tuang 3 cawan air. Kacau sekata. Biarkan nasi masak dan sedikit kering.
▶ Agak dah kering, titiskan pewarna di atasnya. Jangan kacau lagi dan biarkan nasi masak sehingga betul-betul kering.
▶ Bila dah kering dan masak sempurna, baru gaulkan secara perlahan-lahan. Risau nanti nasi patah.
▶ Nasi dah siap, bolehlah hidangkan bersama salad dan juga ayam masak merah.
▶ Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Rempeyek Rangup Resepi Sedap Dari Kampung. Suka Makan Buat Kudapan!
Bila tengok pada cara nak buat nasi beriani gam ni tidaklah susah mana kan? InsyaAllah kalau ikut je step by step dia mesti mejadi. Tapi ada yang tahu tak, apa beza beriani biasa dengan beriani gam?
Untuk yang tak sempat nak buat sekarang, simpan dulu resepi ini supaya nanti boleh buat bila berkelapangan. Dan bagi yang suka makan dengan daging, pastikan rebus daging sehingga empuk dulu dengan pressure cooker tau.
Saya harap perkongsian resepi nasi beriani gam ni dapat memberikan manfaat dan mudah untuk difahami oleh siapa yang nak buat. Saya ucapkan selamat mencuba buat semua!