Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Ayam Masak Gulai Siam Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Terangkat Dibuatnya!
Nak balik kampung pun tak lepas, inikan pula nak ke Siam. Apa kata hari ini kita ikuti perkongsian resepi ayam masak gulai siam disini. Rasanya seperti gulai lemak tapi ayam masak gulai siam ini kaya dengan aroma rempah ratus.
Resepi ini sangat mudah dihasilkan. Ianya juga sesuai dijadikan lauk tengahari dan lauk makan malam anda sekeluarga. Masak gulai ayam ini boleh dicampur sayur terung. Kalau malas nak masak sayur asing, bolehlah masukkan sekali dalam gulai.
Masak gulai siam ini ada keunikannya yang tersendiri. Nak tahu, kenalah cuba! Kalau dah bosan masak gulai biasa, kita cuba tukar selera dan masak menu siam pula. Selain menggunakan ayam, anda juga boleh menggunakan daging.
Kalau daging korban banyak kat rumah, cubalah resepi ni untuk makan malam. Kalau asyik makan pulut dan rendang, boleh masuk angin juga perut ni. Apa kata kita ikuti perkongsian resepi ayam masak bulai siam dari Cik Puan Umi Watie.
Bila dilihat pada gambar masakan yang beliau kongsikan, kelihatan kuahnya pekat dan cukup menyelerakan. Dimakan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya. Sekali sekala tukar selera masak masakan siam apa salahnya.
RESEPI AYAM MASAK GULAI SIAM
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Sekali cuba, pasti jatuh hati dengan hasilnya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lengkuas
- Kunyit hidup
- Halia
- Belacan
- Cili besar merah
- Cili kering
- Buah keras
- Serai
Bahan lain :
- Santan
- Asam keping
- Daun limau purut
- Batang serai (diketul)
- Gula melaka
- Serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN GULAI SIAM :
▶️ Dalam kuali tumiskan bahan kisar sampai naik wangi dan pecah minyak.
▶️ Bila dah wangi dan naik minyak boleh masukkam serai yang diketuk tadi.
▶️ Masukkan serbuk kunyit supaya semakin cantik warna gulai kita nanti. Kacau supaya semua bahan tumis sebati.
▶️ Masukkan ayam yang telah dibasuh bersih.
▶️ Masukkan air bila ayam dah nampak layu sikit. Sikit je jangan sampai rentung tau.
▶️ Masukkan asam keping, boleh juga menggunakan asam jawa. Janji gulai ni ada rasa masam masam sikit. Biarkan ayam masak seketika.
▶️ Bila ayam dah masak, masukkan santan dan kacaukan supaya rata.
▶️ Bila dah nampak kuah mendidih, masukkan gula kerek atau gula melaka.
▶️ Perasakan dengan garam. Ikut selera sendiri. Jangan lupa rasa tau.
▶️ Masukkan juga daun limau purut.
▶️ Masukkan cili merah dan cili hijau akhir sekali. Biar rangup nanti masa digigit. Matikan api dan siap!
BACA JUGA: Resepi Puding Roti Kuah Kastard Yang Paling Simple. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!
Hidangkan pada anak dan suami mesti mereka suka. Jangan lupa senyum masa hidangan dekat suami. Rasa dia lebih sedap dan wangi dari gulai biasa yang ada di kedai makan. Tak berapa pedas, seakan rasa rendang tapi bukan. Gitu!
Makan ayam masak gulai siam ni dengan nasi panas memang layan habis. Kalau ada baki, kuahnya sedap juga dibuat cicahan lempeng ataupun roti. Marvellous rasanya. Lagi dipanaskan, lagi sedap!
Apa saja masakan dari negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia, pasti disukai ramai. Yang pernah cuba resepi ni pasti dah terpikat dengan keenakannya. Semoga resepi ayam masak gulai siam ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!