Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tart Telur Homemade Yang Gebus Dan Sedap. Just Nice Je Rasanya. Crunchy Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

0 454

Jarang sekali jumpa orang yang tak suka tart telur. Kat kedai roti je, kuih ni memang selalu je habis. Laku ye! Dapat pula tart telur yang crunchy di luar dan lembut di dalam. Memang sedap. Jom kita follow resepi tart telur gebus dan sedap di sini. Boleh la buat di rumah masing-masing nanti.

Nak buat tart telur ni ada macam-macam cara juga. Kalau malas nak buat shell, ada je yang guna puff pastry segera yang jual kat kedai tu. Tapi, teksturnya dan rasanya agak berbeza dari tart telur asli. Kalau nak lebih puas hati, baik buat shell tart/crust sendiri.

Kat bakery, harga tart ni boleh tahan mahal jugak kan. Kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak tu rasa berbaloi lagi buat sendiri. Boleh buat dalam kuantiti yang banyak sekali gus. Satu rumah dapat makan puas-puas nanti.

Lagi pun cara penyediaan tart telur ni takde lah susah mana. Kot dah pandai nanti, boleh la buat niaga sekali. Tart telur ini juga sesuai di jadikan hidangan buat para tetamu di majlis aqiqah, hari jadi dan majlis rumah terbuka tau! Memang laju je habis nanti.

Hari ni saya saja lalu je kat Facebook, memang tujuan nak cari resepi tart telur yang sedap. Rasa nak buat juga kat rumah. Ternampak pula resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Nor Al Fatihah ni. Nampak menarik, jom kita follow resepi ni.

 

RESEPI TART TELUR HOMEMADE

Korang cuma perlu follow je sebijik-sebijk resepi ni. Confirm menjadi! Anak-anak pun tentu suka dengan tart telur homemade yang korang buat ni. Kalau nak kecil kan saiz pun boleh ye.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk shell tart/crust :
  • 150 gm butter
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur A
  • 1 sudu teh esen vanila -optional
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2 sudu besar tepung jagung*

P/S : Ayak bahan-bahan yang bertanda *

 

Bahan untuk filling telur :
  • 6 biji telur A
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air panas
  • Pewarna kuning (Optional)

CARA PENYEDIAAN TART TELUR :
Cara penyediaan shell tart/crust :

▶️ Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.

▶️ Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.

▶️ Masukkan tepung gandum & tepung jagung.

▶️ Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Masukkan doh ke dalam plastik wrap.

▶️ Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit

 

Cara penyediaan filling telur :  

▶️ Sementara doh di rehatkan, kita buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair dan pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.

▶️ Tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan.

▶️ Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.

▶️ Bakar di dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 150C selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing.

▶️ Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Masak Mee Kari Style Chinese Ipoh Yang Tak Banyak Bahan Rempah. Simple Dan Sedap Sangat!

 

Ha! Mudah ke susah? Mudah je kan. Kalau nak buat kuih ni mood kena on. Kalau tak, susah juga kan. Hujung-hujung minggu bulan puasa ni, bolehlah masing-masing cuba kat rumah resepi tart telur ni. Rasa crunchy je luarnya. Dalam pun lembut sangat!

Untuk pengetahuan, Cik Puan Nor Al Fatihah ni seorang yang sangat gemar berkongsi resepi kuih muih di wall Facebook milik beliau. Resepi raindrop cake viral tu pun beliau ada share. Nampak lawa sangat ye kek tu. Rasa sayang nak makan.

Akhir sekali, ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi tart telur homemade yang gebus dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open