Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Putu Lompang Ala-Ala Putu Bamboo. Cuma Guna 3 Bahan Je, Rasanya Memang Sedap!

0 129

Putu bamboo ke putu piring? Ha ini dia resepi putu lompang yang dah diubah suai cara penyediaannya menggunakan acuan kuih lompang. Ada yang pernah try buat tak kuih ni kat rumah? Jom try! Guna 3 bahan je, tapi sedapnya macam putu bamboo kat pasar malam tau!

Biasanya kalau nak makan putu bamboo ni kita beli kat luar je. Alasan utama tak boleh buat kat rumah adalah sebab takde acuan. Actually, nak buat putu bamboo ni tak perlu acuan bambu pun, korang boleh buat sendiri di rumah guna acuan kuih lompang. Memang menjadi elok je.

Ha, korang dah tahu kan dari mana wujudnya nama putu lompang tu? Semua berpunca dari penggunaan acuan kuih lompang. Tak kisah apa pun acuan yang kita guna, tapi rasa putu lompang kita ni akan sama je dengan putu bamboo. Sedap sangat!

Kuih ni diperbuat daripada tepung beras. Yang mana tepung beras akan di masak tanpa minyak atau di sangai dan kemudiannya di campur dengan kelapa. Adunan tepung seterusnya di masukkan dalam acuan kuih lompang dan dipadatkan. Wajib kena padatkan ye, supaya terbentuk bila dikeluarkan nanti.

Resepi putu lompang ni telah diubahsuai oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Eiriya Azira. Nampak mudah tapi sedikit renyah bila proses nak padatkan dalam acuan tu. Tapi sekali sekala buat putu bamboo kat rumah guna acuan kuih lompang kan best.

 

RESEPI PUTU LOMPANG

Lepas ni, dah boleh buat putu bamboo kat rumah. Lagi jimat! Puas hati nak makan. So, tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana step by step cara penyediaan putu lompang ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kelapa parut
  • Tepung beras
  • Gula melaka

CARA PENYEDIAAN PUTU LOMPANG :

▶️ Masak tepung beras tanpa minyak. Sangai kan je. Pastikan jangan sampai hangit.

▶️ Hancurkan atau parut gula Melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun boleh.

▶️ Masak air campur daun pandan. Biar wangi air tu.

▶️ Dah settle masalah kat atas, korang ambil tepung yang dah sangai tu. Tunggu dia sejuk sikit, gaulkan pula dengan kelapa.

▶️ Dah siap gaul, letak sedikit garam. Lepas tu renjis-renjiskan tepung dengan air daun pandan yang dimasak tadi. Gaul sampai jadi macam serbuk roti. Basah-basahkan je tepung tu.

▶️ Kemudian, ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak. Ambil tepung yang dah jadi macam qerbuk roti tu dan masukan sedikit dalam acuan.

▶️ Tekan sikit lepastu letak gula melaka. Letak pula tepung untuk tutup atas gula tu. Buat sampai habis.

▶️ Seterusnya, kukus 3/4 minit dan terbalikkan acuan tu dalam 2/3 minit. Jangan risau, kuih tu tak jatuh sebab korang dah tekan bagi padat.

▶️ Lastly, angkat dan keluarkn dari acuann. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Masin Duri Masak Asam Yang Simple, Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

 

Kalau boleh jangan penuhkan dalam acuan lompang tu. Sebab putu ni tak boleh tebal sangat. Tak syok nak makan nanti. Korang buat nipis je. Acuan lompang kan tinggi, kalau boleh jangan letak terlalu banyak, takut tak masak pula putu kita. Dah rasa tepung je.

Lepas ni dah takde alasan tak nak buat putu bamboo ni kat rumah. Dah ada resepi yang menggunakan acuan kuih lompang. Follow je sebijik-sebijik resepinya di sini, confirm menjadi! Makan panas-panas mesti syok kan! Boleh buat untuk minum petang esok.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Eiriya Azira kerana sudi berkongsi resepi putu lompang yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open