Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Udang Nestum Rangup Yang Paling Sempoi. Tak Rugi Pun Kalau Cuba, Memang Sedap!

0 68

Siapa kat sini pernah try resepi udang nestum? Ke ada yang baru tahu nestum ni boleh dimasak dengan udang? Ha! Kita pun baru tahu tau. Lauk ni ala-ala masak butter cuma dicampurkan dengan nestum dan bukannya susu cair.

Lauk ini antara lauk paling sempoi yang anda boleh hidang bila nak cepat. Boleh dipedaskan ikut tahap kepedasan yang anda suka. Tak rugi pun mencubanya, sebab sangat mudah dibuat dan tidak memerlukan bahan memasak yang banyak.

Udang yang digunakan kenalah fresh barulah puas hati nak makan nanti. Lebih kurang 6 bahan memasak je yang diperlukan. Untuk nestum pula, anda boleh gunakan nestum 3 in 1 yang telah bercampur serbuk susu.

Resepi udang nestum paling sempoi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Li Yow. Lauk yang simple yang wajib anda cuba. Nikmatnya tak terkata. Nak gantikan pada lauk ayam pun boleh.

Udang yang digunakan perlulah digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama nestum. Tekstur udang akan menjadi juicy dan rangup bila dimakan. Boleh dimakan bersama nasi putih dan diratah begitu saja.

 

RESEPI UDANG NESTUM

Kepada penggemar seafood, apa kata kali ini kita follow resepi udang nestum ni untuk pertama kalinya. Confirm lepas dah cuba sekali ni, anda akan beli stock nestum 3 in 1 kat rumah. Bila-bila nak makan udang nestum ni terus je buat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Marjerin/ butter
  • Udang
  • 2 paket Nestum 3 in 1
  • Cili (ikut banyak yang anda suka)
  • 2 tangkai Daun kari
  • Minyak

CARA PENYEDIAAN UDANG NESTUM :

▶️ Belah bahagian belakang udang terlebih dahulu.

▶️ Panaskan minyak yang banyak. Pastikan betul-betul panas barulah masukkan udang. Kalau tak cukup panas, udang akan lembik.

▶️ Goreng dalam 30-40 saat je macam tu. Jangan terlalu lama, nanti udang akan lembik dan berminyak. Asingkan bila dah siap.

▶️ Cairkan dua sudu marjerin.

▶️ Kemudian, masukkan dua tangkai daun kari.

▶️ Masukkan cili ikut banyak yang anda suka. Boleh adjust kalau nak pedas.

▶️ Bila daun kari dah naik bau, masukkan udang. Gaul sekejap bagi kena semua bahagian udang.

▶️ Masukkan dua paket nestum 3 in 1 dan gaul bagi sekata.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Popia Basah Yang Lengkap Step By Step. Kulit Popia Pun Buat Sendiri Je Tau!

 

Mudahkan! Anak-anak pun mesti suka makan lauk ni. Tapi kalau nak hidang untuk anak-anak, boleh guna 1 biji cili je untuk naikkan rasa. Confirm puas hatilah dengan hasilnya! Rasa manis nestum tu pun terus terasa kat tekak.

Udang ni boleh dimasak dengan pelbagai cara. Semua jenis masakan tu ada penggemarnya yang tersendiri. Tapi tak salah rasanya kalau anda mencuba resepi udang nestum ni. Boleh buat lauk makan malam sekeluarga.

Sebelum terlupa, udang yang dibersihkan tu wajib dibelah belakangnya dan dibuang tali hitamnya. Nak makan apa pun mesti kena bersih tau. Semoga resepi udang nestum yang rangup ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open