Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Air Oren Paling Sedap. Cuma Guna 2 Bahan Je, Ala-Ala Oren Vitagen Rasanya!
Hari ni nak share cara buat air oren paling sedap yang wajib anda dicuba dirumah. Cuma guna 2 bahan je. Ala-ala oren vitagen rasanya. Kalau bulan puasa, syok juga bebuka dengan air ni. Rasanya mewah dan sedap sangat!
Oren yang digunakan adalah oren sunquick botol. Kat pasaraya dan kedai runcit pun ada jual. Cuma perlu campurkan oren sunquick dengan susu pekat sahaja. Kemudian, bancuh dengan air panas, barulah dimasukkan ais atau disejukkan dalam peti.
Bila ada majlis bebuka puasa dirumah, kenduri kendara atau majlis kesyukuran, anda boleh je buat air oren macam ni. Mesti ramai yang suka. Kalau nak hidangkan makanan kat orang ramai ni, kenalah sedap. Orang suka, kita pun puas hati!
Yang suka beli vitagen kat market tu, apa kata anda cuba resepi ni dirumah. Rasanya memang sama dengan oren vitagen. Vitagen ni tak puas nak minum. Kecil-kecil je botolnya. Ha! Kalau nak puas minum, boleh cuba resepi ni.
Resepi air oren ala vitagen ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Nur Haziqah. Ramai juga tertarik dengan hidangan minuman ni. Sebanyak 9.4k share hasil perkongsian beliau di Facebook.
RESEPI AIR OREN PALING SEDAP
Sunquick ni boleh dibuat macam-macam tau. Bukan setakat dicampur dengan susu pekat, nak campur dengan sirap ros pun sedap sangat. Next time kita share air lain yang menggunakan sunquick pula. Jom cuba yang ni dulu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4sb Oren sunquick
- 4sb Susu pekat
- 200 ml Air panas
CARA PENYEDIAAN AIR OREN PALING SEDAP :
▶️ Campurkan oren sunquick dan susu pekat.
▶️ Kemudian, bancuh dengan air panas. Tahap kemanisan boleh adjust ikut suka.
▶️ Gaul laju-laju sehingga susu sakata. Tambahkan air dan sejukkan dalam peti atau masukkan ais ketul. Siap!
BACA JUGA: Resepi Udang Nestum Rangup Yang Paling Sempoi. Tak Rugi Pun Kalau Cuba, Memang Sedap!
Siap untuk dihidang! Seronok minum musim panas macam ni. Sejuk je lalu kat tekak. Kalau tak nak susu tu berkeladak, kena bancu dengan air panas dulu tau. Kacau laju-laju barulah susu tak pecah nanti.
Takde sukatan khas untuk resepi ini. Tahap kemanisan boleh adjust sendiri je. Kalau suka manis bolehlah lebihkan kedua-dua sukatan bahan ini. Dah tak perlu guna gula lagi sebab susu pun dah manis.
Kalau dah bancuh dengan air panas tetap berkeladak juga, mungkin sebab faktor sukatan susu. Kalau nak guna sukatan resepi ni lagi mudah. Semoga resepi air oren ala vitagen ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!