Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Popia Basah Yang Lengkap Step By Step. Kulit Popia Pun Buat Sendiri Je Tau!

0 283

Ada tak penggemar resepi popia basah kat sini? Yang suka sangat tu bolehlah follow resepinya disini. Lengkap step by step dan mudah untuk anda ikuti. Kulit popia pun buat sendiri. Seriously memang senang je nak buat kulitnya.

Nak buat popia basah ni, kena sediakan 3 lagi hidangan selain dari kulit popia. 3 hidangan itu adalah sos popia basah, inti dan telur hancur. Sos dan inti akan dimasukkan ke dalam kulit popia dan digulung kemas sebelum dihias.

Popia basah juga akan dihias atasnya dengan taburan bawang goreng dan kacang goreng tumbuk. Sangat berbeza dengan popia goreng dari segi teksturnya. Popia basah juga banyak dijual dipasar malam.

Pasti ada antara kita yang suka sangat beli popia basah ni kat pasar malam kan. Inti popia basah ini biasanya menggunakan carrot dan sengkuang yang disagat. Lebih sihat berbanding popia goreng yang menggunakan banyak minyak.

Kepada mereka yang nak mencubanya sendiri dirumah, apa kata kita sama-sama ikuti perkongsian resepi popia basah yang dikongsikan oleh Cik Puan Rozmaliza Omar ini. Confirm puas hati dengan hasilnya.

 

RESEPI POPIA BASAH

Popia basah yang dikongsikan hari ini sesuai dijadikan juadah minum petang anda sekeluarga. Alang-alang dah nak buat, better buat banyak. Confirm laju je habis. Apa tunggu lagi, jom ke dapur!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kulit popia :
  • 220 gm tepung gandum
  • 300 ml air + 20 ml jika perlu
  • 1 sdb tepung jagung (untuk elak kulit cepat koyak)
  • 1 sdb cuka
  • 1 sdb minyak
  • 1 biji putih telur
  • 1/2 sdk garam

 

Bahan untuk sos popia basah :
  • 4 sudu (b) cili kering mesin
  • 10-12 biji buah kurma (dibuang biji dan dikisar lumat)
  • 1 mangkuk bawang goreng
  • 1 senduk kecil sos labu thai
  • Gula secukup manis
  • Asam jawa dan garam

 

Bahan untuk inti popia basah :
  • 1 biji sengkuang (disagat)
  • 1 batang carrot (disagat)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1 keping isi dada ayam (dicincang kasar)

 

Bahan telur hancur untuk hiasan :
  • 2 biji telur
  • 1 sdt maggie cukup rasa
  • 1 sdt udang kering ditumbuk

 

Bahan hiasan :
  • Bawang goreng
  • Kacang goreng tumbuk

CARA PENYEDIAAN POPIA BASAH :

Cara penyediaan kulit popia :

▶️ Campurkan garam dan tepung gandum hingga rata. Tuangkan air dan masukkan putih telur, cuka dan minyak. Kacau hingga sebati.

▶️ Blend adunan untuk elakkan adunan berbintil.

▶️ Sediakan kuali tidak melekat (non stick pan) dan berus kecil.

▶️ Panaskan kuali dengan api perlahan dan sapu adunan cepat-cepat atas kuali hingga rata dan menutupi permukaan kuali.

▶️ Kecilkan api, masak kulit hingga nampak kering. Terbalikkan permukaan sebelah lagi. Masak sebentar dan angkat.

▶️ Bersihkan kuali dengan kain lembab tiap kali ulangi proses memasak sehingga semua adunan habis. Siap untuk kulit popia!

Cara penyediaan sos popia basah :

▶️ Cili kering kisar dimasak bersama gula.

▶️ Masukkan buah kurma yang dikisar tadi, asam jawa, sos labu thai dan juga bawang goreng yang diramas. Masak sampai pekat dan berkilat. Siap sos popia basah!

Cara penyediaan buat inti :

▶️ Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam kering dan masukkan sengkuang dan carrot yang sudah disagat tadi.

▶️ Masukkan sedikit serbuk kunyit, gula, garam dan secukup rasa. Siap untuk inti popia basah!

Cara penyediaan telur tabur :

▶️ Pukul telur hingga rata. Kemudian, masukkan maggie secukup rasa dan udang kering.

▶️ Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tuang telur dan kacau rata hingga jadi scrambled egg dan masak hingga garing. Siap telur hancur!

Cara gulung dan hias popia basah :

▶️ Sediakan kulit.

▶️ Sapukan sos pada kulit dan letakkan inti.

▶️ Gulung kemas-kemas, letakkan dalam pinggang dan sapukan sos sekali lagi di atasnya.

▶️ Taburkan bawang goreng, kacang goreng tumbuk dan telur tabur. Siap untuk hidangan petang.

 

BACA JUGA: Resepi Satar Ikan Homemade Yang Paling Mudah Dan Sedap. Buat Sendiri Mesti Kena Dengan Citarasa Kita!

 

Walaupun nampak banyak hidangan yang perlu dibuat, tapi bila sekali anda mencubanya, pasti anda puas hati dengan hasil air tangan sendiri. Tak perlu beli kat pasar malam lagi lepas ni. Seronok bila masak sekali dan terus menjadi.

Nak masak ni kena ada mood. Biasanya nak buat kuih muih yang macam ni, lebih sesuai dihidang hujung minggu. Tapi sejak pkp ni, dan ramai yang duduk rumah, apa kata kita buat je bila-bila rasa tekak nak makan.

Kepada semua penggemar popia basah, anda wajib mencuba resepi ini dirumah masing-masing. Nak buat hidangan rumah terbuka pun boleh. Semoga resepi popia basah ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open