Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Satar Ikan Homemade Yang Paling Mudah Dan Sedap. Buat Sendiri Mesti Kena Dengan Citarasa Kita!

0 272

Satar merupakan makanan tradisional yang sangat disukai ramai. Ianya juga cukup terkenal di Pantai Timur Malaysia. Selain menggunakan ikan, satar juga boleh dihidang bersama ayam. Apa kata kita cuba resepi satar ikan homemade hari ni.

Satar juga merupakan makanan yang dibakar dan dibalut dengan menggunakan daun pisang. Aromanya sangat wangi bila dibakar. Teksturnya pula lembut dan sesuai dihidang untuk semua peringkat umur.

Ikan yang digunakan untuk penyediaan satar ini haruslah direbus terlebih dahulu dan diambil bahagian isinya. Dicampur pula dengan beberapa bahan masakan termasuklah kelapa putih muda dan bahan kisar.

Memandangkan kita dah lama tak dapat bercuti dan berjalan-jalan ke Terengganu, Kelantan dan Pahang, apa kata kita cuba resepi satar ikan homemade yang dikongsikan oleh Cik Puan Mazah Dollah.

Setiap kali bercuti ke Pantai Timur, pasti satar ikan ni menjadi tumpuan ramai. Sehinggakan ramai yang memborongnya untuk dibawah balik ke rumah masing-masing. Satar juga bersifat tahan lama bila disimpan dalam peti.

 

RESEPI SATAR IKAN HOMEMADE

Kalau dah simpan dalam peti, satar juga boleh dipanaskan semula menggunakan microwave. Lebih sedap dimakan panas-panas. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita follow resepinya disini. Jom memasak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg ikan kembung (direbus sekejap dan ambil isinya)
  • 2 1/2 cawan kelapa putih muda
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 biji telur
  • Daun kesum (dihiris kecil-kecil)
  • Sesudu cili kering mesin
  • Cili hidup merah

 

Bahan kisar :
  • 10 biji cili api merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai

CARA PENYEDIAAN SATAR IKAN HOMEMADE:

▶️ Ikan yang direbus tadi dibuang tulangnya. Tumbuk hingga hancur.

▶️ Gaulkan sekali dengan bahan-bahan tumbuk atau kisar tadi.

▶️ Masukkan air asam jawa dan telur.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Gaulkan dengan daun kesum dan hirisan cili hidup.

▶️ Buat kelongsong guna daun pisang. Masukkan dalam sesudu besar penuh adunan.

▶️ Tutup kemas dan cucuk dengan lidi atau pencucuk besi.

▶️ Kemudian, bakar dan siap.

▶️ Yang ni rupa satar yang dah siap dibakar dan dikeluarkan dari daun pisang.

 

BACA JUGA: Resepi Aiskrim Oreo Homemade Yang Pastinya Disukai Ramai. Lebih Jimat Dari Beli Kat Kedai!

 

Mudahkan! Ada beberapa tips yang boleh digunakan dalam resepi ini. Pertama, kalau nak guna ikan mentah pun boleh. Lepas disiang, ambil isinya dan kisar kering. Tak pun boleh tumbuk menggunakan lesung batu.

Kedua, kalau takde daun pisang boled gantikkan dengan kulit popia. Ha! Yang tu namanya popia satar yang perlu digoreng. Kalau nak rasa sebijik macam gerai-gerai yang ada kat Pantai Timur tu, boleh follow resepi ni je.

Lepas ni kalau craving nak makan satar ikan ala Pantai Timur, bolehlah cuba follow resepinya disini. Tak rugi mencubanya, memang sedap! Semoga resepi satar ikan homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open