Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tokoyaki Step By Step Untuk Anda Cuba Dirumah. Confirm Anda Puas Hati Dengan Hasilnya!

0 1,318

Mesti ramai penggemar tokoyaki kat sini kan? Apa kata hari ini kita cuba resepi tokoyaki homemade. Inti padu dan yang seronoknya, anak-anak kita boleh makan tokoyaki sepuas-puasnya. Lebih jimat dari beli diluar!

Kadang-kadang beli kat luar rasa tak puas hati dengan intinya. Seciput je inti yang dimasukkan. Harga mahal tapi tak berbaloi nak makan. Banyak tepung dari isi. Ha! Kalau buat sendiri kan lagi puas hati. Nak letak inti banyak mana pun boleh.

Resepi ni akan membantu anda menyediakan tokoyaki dirumah. Resepi lengkap step by step yang mudah untuk anda follow. Bahagian intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Contohnya crab stick, sosej, sotong, udang dan macam-macam lagi.

Seperti yang kita tahu, tokoyaki merupakan makanan yang asalnya daripada Jepun yang berbentuk bebola. Ianya diperbuat daripada tepung gandum dan tepung jagung dan diintikan sotong kurita didalamnya.

Tokoyaki kini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, sehinggakan ramai peniaga kecil menjualnya di mall mahupun dipasar malam. Untuk menyediakannya dirumah, apa kata kita ikuti perkongsian dari Cik Puan Norliza Razali ini.

 

RESIPI TAKOYAKI

Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Beliau juga menggunakan resepi yang sama selama 9 tahun menjualnya. Yang ni baru tokoyaki betul, padu intinya!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sdb tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 3/4 cawan air
  • 1 sdb serbuk stok ayam
  • 1 sdt garam
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdt baking powder

 

Bahan inti :
  • Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
  • Daun bawang (dihiris nipis)
  • Kobis bulat (dihiris halus)
  • Carrot (diparut halus)

 

Bahan-bahan sos tokoyaki :
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan kicap kipas udang
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • Madu

 

Bahan hiasan atas :
  • Sos Takoyaki
  • Mayonis
  • Bonito flake (beli kat Aeon bahagian makanan Jepun, dalam Shopee pun ada taip je bonito)

CARA PENYEDIAAN TOKOYAKI :

▶️ Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar.

▶️ Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut.

▶️ Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

▶️ Sediakan bahan inti pula.

 

Cara masak :

▶️ Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak disetiap lubang.

▶️ Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.

▶️ Letakkan inti sotong/ udang/ crab stick/ sosej disetiap lubang.

▶️ Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.

▶️ Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.

▶️ Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola. Adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan.

▶️ Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat

▶️ Renjiskan dari masa ke masa dengan minyak masak dicelah-celah acuan.

▶️ Teruskan sampai nampak garing.

▶️ Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.

▶️ Hiaskan dengan bahan hiasan atas.

Cara penyediaan sos tokoyaki :

▶️ Campur semua bahan dalam periuk.

▶️ Masukkan tepung jagung dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.

▶️ Sejukkan sos dan gaulkan dengan madu.. kalau suka manis lebihkan.

▶️ Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.

Cara menghias :

▶️ Drizzle sos takoyaki.

▶️ Drizzle mayonis.

▶️ Taburkan bonito flakes.

 

BACA JUGA: Resepi Garlic Butter Cheese Prawn Yang Paling Sedap. Menu Express Guna Air Fryer!

 

Siap untuk dihidang! Wah step by step dah tersedia. Apa tunggu lagi cubalah dirumah. Sukatan resepi ni akan dapat hasilkan 26 – 30 biji tokoyaki. Banyak kan! Confirm anak-anak puas nak makan.

Untuk mereka yang tidak mempunyai acuan tokoyaki dirumah, bolehlah cuba beli kat shopee dengan harga serendah RM29.90. Macam-macam jenis ada, kalau nak beli yang mahal terus pun takpe.

Tapi kalau sekali sekala nak makan tu, bolehlah beli yang murah je. Untuk berniaga digalakkan beli yang mahal sebab nak pakai lama. Semoga resepi tokoyaki ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open