Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Paling Mudah Buat Sushi Homemade. Lebih Puas Hati Dan Confirm Sedap!

0 3,963

Teringin nak makan sushi homemade? Siapa kata cara penyediaan sushi ni susah. Ianya sangatlah mudah. Semua orang tahu Sushi merupakan salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini amat digemari di seluruh dunia.

Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Di Malaysia sushi menjadi makanan yang digilai ramai.

Sushi bukan sahaja terdapat di sushi bar atau restoran jepun. Tetapi, ramai usahawan muda yang telah terjerumus dengan perniagaan sushi pasar malam. Pelbagai jenis sushi yang diniagaan hasil dari buatan sendiri.

Resepi sushi homemade ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nurain Hazwani. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini buat semua pengguna media sosial.

Resepi sushi ini ada pelbagai jenis. Ianya juga cukup mengenyangkan kerana terdapat nasi didalamnya. Sushi boleh dipelbagaikan rasa mengikut citarasa masing-masing ada yang suka pada tuna, salmon udang dan macam-macam lagi.

 

RESEPI SUSHI HOMEMADE

Mesti ramai yang mahu mencuba resepi ni kan. Tapi takut tak menjadi. Jangan bimbang follow je cara penyediaan dibawah ini. Ikut satu persatu, confirm menjadi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Telur goreng dadar (dipotong memanjang)
  • Timun*
  • Sosej*
  • Isi ketam*
  • Lobak*

Bahan bertanda * diatas perlu direbus sekejap dekat air panas dan dipotong memanjang.

 

Bahan-bahan lain :  
  • 2 cawan beras biasa
  • 1 cawan beras pulut
  • Cuka masakan
  • 1 sudu besar gula
  • Garam sedikit
  • Sos kewpie
  • Mayonis
  • Seaweed
  • Bamboo sushi mat/ Plastik

CARA PENYEDIAAN SUSHI HOMEMADE: 

▶️ Mula-mula masak nasi macam biasa. (beras pulut + beras biasa). Bila nasi dah masak dalam keadaan panas letakkan 2 sudu besar cuka masakan.

▶️ Kemudian masukkan 1 sudu besar gula, dan sedikit garam pada nasi sebagai perasa. Masukkan juga mayonis dalam nasi (untuk lebih sedap) gaulkan hingga sebati.

▶️ Gunakan plastik jika tiada bamboo sushi mat. Letakkan seaweed atas plastik dan ratakan nasi diatasnya. Buat nipis je.

▶️ Sapukan sos kewpie atau mayonis. Kemudian, susun bahan lain seperti telur goreng, lobak, timun, isi ketam, dan juga sosej.

▶️ Gulung sushi dan biarkan seketika sehingga seaweed kelihatan lembut supaya ia mudah untuk dipotong. Ulang proses yang sama untuk sushi yang lain.

▶️ Terakhir sekali potong sushi dan picitkan sedikit mayonis diatasnya. siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Daging Masak Hitam Paling Mudah. Sure Tak Cukup Sepinggan. Memang Sedap!

 

Wah! Semudah itu rupanya cara penyediaan sushi ni. Bahan yang di gunakan perlu direbus sahaja. Sudah pasti sushi adalah hidangan yang cukup sihat. Lihat saja pada cara penyediaannya, ia tidak perlu menggunakan minyak.

Anda juga boleh menggunakan telur goreng tadi dibahagian luar dan meletakkan seaweed dilapisan seterusnya. Terpulang kepada individu. Yang penting resepi sushi yang dikongsikan ini akan memudahkan semua penggemar sushi.

Harap-harap resepi sushi homemade ni akan bermanfaat kepada kita semua. Bila dah menjadi buat sekali tu, bolehlah kongsi resepi dekat kawan-kawan pula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open