Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Coklat Kukus Takde Topping. Kek Lembut, Moist Dan Tak Muak. Sedap Sangat Hasilnya! 

0 132

Pelbagai resepi kek coklat kukus yang ada. Dan masing-masing resepinya mempunyai keenakan yang tersendiri. Untuk resepi kek coklat versi ini hasilnya juga lembut, moist dan tak muak bila dimakan.

Resepi kek coklat kali ini tidak ditoppingkan. Simple tapi rasanya cukup enak. Tanpa topping, kek ini tetap ada penggemarnya. Kek tanpa topping lebih selamat dihidang buat anak-anak. Takde lah anak-anak kita comot masa nak makan nanti.

Sekarang ni pelbagai tepung serbaguna yang boleh digunakan dalam penyediaan kek coklat kukus. Tapi nak buat tanpa tepung serbaguna pun ok juga. Sebab bahan yang digunakan tak banyak dan tak renyah.

Antara jenis kek yang biasanya dihidang menjelang hari raya adalah kek coklat kukus, cheese kek, kek marble, kek buah, kek lapis dan macam-macam lagi. Kebiasaanya, kek seperti ini akan dijadikan pemanis mulut buat para tetamu yang datang.

Ada yang nak cub buat kek coklat kukus ni? Jom ikuti perkongsian resepi dari Cik Puan Noriza Awang Hamat. Sekali cuba pasti nak lagi! 16K share dan 8.2K yang meninggalkan tanda ‘suka’ atas perkongsian beliau di Facebook.

 

RESEPI KEK COKLAT KUKUS

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek coklat kukus ini. Anak-anak sudah semestinya menjadi penggemar setia kek coklat ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn susu cair

 

Bahan B :
  • 4 biji telur gred A
  • 1 cwan tpg gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT KUKUS :

▶️ Semua bahan A ini dimasak sekejap. Jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati dan tutup api. Ketepikan.

▶️ Ayak pula semua bahan B kecuali telur.

▶️ Dah agak suam bahan yang dimasak tadi masukkan ke dalam blander.

▶️ Masukkan 4 biji telur dan kisar sekejap.

▶️ Kemudian, masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Kisar lagi hingga semua bahan sebati.

▶️ Panaskan pengukus terlebih dahulu.

▶️ Loyang disapu dengan sedikit planta. Kemudian, masukkan adunan kek.

▶️ Nampak air dah mendidih, masukkan adunan kek tadi. Kukus selama 45 minit menggunakan api sederhana.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang. Sangat Mudah Sebab Tak Perlu Anyam Daun Ketupat Pun!

 

Biarkan sejuk seketika barulah dipotong. Tak renyah dan semudah ABC cara penyediaannya. Siapa kata nak buat kek ni susah? Cari resepi yang betul-betul memudahkan anda. Confirm menjadi!

Kenapa kek nampak beser? Sebab sukatan telah digandakan. Nak cuba dulu, boleh guna sukatan yang beliau kongsikan tanpa gandaan sukatan. Pertama kali baking pun mesti boleh buat. Tak kira nak makan sejuk atau panas, kek ini tetap rasa sedap!

Bila dah masak, laju je anak-anak nak minta kita potong. Tak sabar kata mereka. Semoga resepi kek coklat kukus yang takde topping ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open