Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuah Kacang Pecel Atau Gado-Gado Yang Mudah Dan Confirm Sedap. Rugi Tak Cuba!
Kat tempat aku memang famous dengan gado-gado. Setiap kali pegi pasar tani atau pasar malam, confirm kami beradik akan beli gado-gado ni. Lepas ni boleh buat sendiri. Follow je resepi kuah kacang pecel atau gado-gado ni kat sini.
Gado-gado adalah salah satu makanan istimewa yang berasal dari Indonesia yang dihidang dalam bentuk sayur-sayuran yang direbus dan dicampur bersama dengan kuah kacang atau sos kacang tanah. Ala-ala rojak gitu!
Keenakan gado-gado ni bergantung kepada kuahnya. Bahan lain hanya perlu di celur dan di goreng sahaja. Antara bahan yang ada dalam hidangan gado-gado ni adalah kangkung, kacang panjang, timun, tauhu kering, tempe, telur rebus dan keropok goreng.
Di Sabah pula, gado-gado memang sangat popular terutamanya di Lahad Datu dan juga Tawau. Biasanya ia dijual di pasar malam ataupun pasar hujung minggu. Ianya boleh dimasak sendiri dirumah jika anda tahu bagaimana cara penyediaannya.
Resepi gado-gado ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Emy Zueriyna. Sesetengah orang beranggapan gado-gado ini adalah pecal tetapi ianya berbeza sedikit dari segi penyediaan kuahnya.
RESEPI KUAH KACANG PECEL ATAU GADO-GADO
Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan gado-gado ini. Buat sendiri lebih puas hati tau. Jom tengok bahan-bahan dan step penyediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 kg kacang tanah (digoreng)
- 7 ulas bawang putih (digoreng)
- 3 biji bawang merah (digoreng)
- 3 helai daun cekur/kencur
- 1 cawan cili kering (dikisar)
- 15 biji cili padi (optional)
- Gula da garam secukupnya
Bahan-bahan celur (Sayur-sayuran) :
- Betik muda
- Kangkung
- Tauge
- Kacang panjang
- Timun (dipotong-potong buang biji)
- Tauhu kering (digoreng)
- Tempe (digoreng)
- Telur (direbus)
- Keropok (digoreng)
CARA PENYEDIAAN KUIH KACANG PECEL ATAU GADO-GADO :
▶️ Kisar halus kacang tanah, bawang merah, bawang putih yang telah digoreng, daun cekur/kencur dan cili padi.
▶️ Tumiskan cili kering kisar tadi, then masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus.
▶️ Masak hingga pecah minyak, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Popia Bergedil Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Makan Dengan Sambal Kicap Lagi Sedap!
Siap semua bahan gado-gado. Nak hidang gado-gado ini senang je. Cuma perlu ambil sedikit setiap bahan gado-gado dan campur kesemuanya. Kemudian tuangkan kuah kacang dan gaul sebati. Dapat pulak hidang dengan nasi impit lagi sedap.
Hidangan ini sedikit pedas dan sedikit manis, sudah pasti menjadi kesukaan ramai. Kuah kacang gado-gado lebih halus dibandingkan dengan kuah pecal. Orang Sabah yang duduk merantau tapi nak makan gado-gado boleh la try resepi ni. Memang sedap tau!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Emy Zueriyna kerana sudi berkongsi resepi kuah kacang pecel atau gado-gado ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!