Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Creamy Crab Ball Crunchy. Makan Dengan Cheese Sauce Lagi Sedap!

0 47

Menu makan malam harini. Resepi creamy crab ball crunchy. Creamy didalam dan crunchy diluar. Cara buat pun mudah. Yang plan tak nak makan nasi, boleh la korang buat ngunyah bebola ketam ni. Makan dengan sos dan mayonis memang sedap.

Resepi ni sesuai jugak untuk korang yang tak suka beli makanan frozen kat luar. Lebih prefer buat sendiri kat rumah. Dijamin bersih dan bebas bahan yang kita khuatiri. Ala-ala nugget gitu. Anak-anak berebut nak makan creamy crab ball crunchy ni.

Crab ball ni dibuat menggunakan crabstick. Dicarikan dan di adun dengan beberapa bahan tepung gandum, susu ful cream, telur dan macam-macam lagi bahan perasa. Sedap sangat makan creamy crab ball crunchy ni. Kenyang pun kenyang ye!

Resepi creamy crab ball crunchy ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Senz Ahmad. Wajib try resepi ni. Korang nak frozenkan pun boleh. Tinggal goreng je kalau nak makan nanti.

Nak masak creamy crab ball crunchy ni tak boleh lelama ye. Masak kejap je. Takut kang pecah pulak creamy crab ball crunchy kita ni. Lagipun bahan-bahan kat dalam tu dah masak semuanya. So, tak perlu lama pun nak masak nanti.

RESEPI CREAMY CRAB BALL CRUNCHY  

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan creamy crab ball crunchy ni. Bahan-bahan dan cara penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Crabstick (dicarik-carik)
  • Daun bawang (dipotong kecik)
  • Bawang holland (dipotong dadu)
  • Susu full cream
  • Butter
  • Serbuk lada hitam
  • Kiub ayam
  • Tepung gandum
  • Telur
  • Breadcrumbs

CARA PENYEDIAAN CREAMY CRAB BALL CRUNCHY : 

▶️ Cairkan butter masukkan crabstick, daun bawang dan bawang holland. Kacau sebati.

▶️ Masukkan serbuk lada hitam dan kiub ayam. Masak sampai layu dan ketepikan.

▶️ Cairkan butter dan masukkan sedikit tepung gandum. Kacau seketika dan masukkan susu full cream. Kacau sebati sampai tepung tak berketul. Pastikan adunan sedikit pekat. Tuangkan adunan kedalam bekas berisi crabstick tadi. Kacau sebati.

▶️ Bulat-bulatkan adunan. Salutkan kedalam tepung gandum, telur dan breadcrumbs.

▶️ Panaskan minyak dan goreng sekejap. Tak perlu lama-lama nanti pecah. Lagipun bahan-bahan kat dalam dah masak semua.

▶️ Siap! Boleh dimakan bersama sos dan mayo. Kalau ada cheese sauce lagi sedap.

 

BACA JUGA : Resepi Sandwich Tuna Mayonaise Viral. Patutlah Lawa, Ada 3 Lapisan Rupanya!

 

Dah siap pun! Kalau tak faham, video cara-cara buat ada kat last gambar dalam link nama Cik Puan Senz Ahmad kat perenggan atas tadi. Klik je link terus masuk kat Facebook. Mungkin lebih mudah untuk korang nak faham nanti.

Oh ya! Resepi ni memang tak pakai garam nanti masin. Tapi ikut suka uolls la kalau nak letak garam jugak. Tapi jangan banyak sangat, nanti spoil pulak rasa dia time korang nak makan nanti. Makan creamy crab ball crunchy tak cukup seketul tau.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Senz Ahmad kerana sudi berkongsi resepi creamy crab ball crunchy yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open