Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sotong Dengan Sauce Ala Thai Yang Mudah Dan Confirm Sedap. Rasa Masam Manis Pedas Semua Ada!
Pernah tak korang try resepi sotong dengan sauce ala Thai ni? Resepi ni sangat mudah dibuat. Ianya dihidang sihat dan tidak menggunakan minyak sama sekali. Yang mana, sotong hanya perlu direbus kosong dan dihidang bersama sos Thai.
Lauk sotong dengan sauce ala Thai ni lengkap dengan rasa pedas, masam dan jugak manis. Boleh ralit ratah lauk ni tau. Sampai lupa nak makan lauk ni dengan nasi. Guna sotong fresh, takde la spoil mood nak makan sotong ni nanti.
Bosan jugak asyik makan sambal sotong dan sotong goreng tepung kan. Sekali sekala kita buat hidangan Thai yang sedap macam ni seronok jugak. Makanan pun lebih sihat dari hidangan bergoreng-goreng. Lauk ni sesuai sangat untuk orang diet.
Resepi sotong dengan sauce ala Thai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang diberi nama Puteri Santubong. Simple sangat cara nak buat lauk ni. Sesuai buat hidangan makan malam. Boleh ratah macam tu je tanpa nasi.
Kelar-kelar sotong supaya sos Thai tu masuk dalam sotong. Baru la terasa nikmat dia masa nak makan nanti. Tahap pedas sos Thai ni korang boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Yang penting wajib ada rasa masam dan sedikit manis.
RESEPI SOTONG DENGAN SAUCE ALA THAI
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sotong dengan sauce ala Thai ni. Dah lengkap semua bahan, bolehlah kita mula buat lauk special ni. Step penyediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sotong segar
- Cili padi merah 4-5 biji
- Cili hijau 4-5 biji
- Bawang putih 3 ulas
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- Jus limau nipis
- 3 sudu gula
- Garam
- Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN SOTONG DENGAN SAUCE ALA THAI :
▶️ Mula-mula, rebus kosong sotong dan ketepikan.
▶️ Tumbuk cili merah & cili hijau je dulu.
▶️ Lepas tu baru masukkan bawang putih, tumbuk lagi. Keluarkan. Masuk dalam mangkuk.
▶️ Campurkan dengan sos tiram 1 sudu, sos ikan 2 sudu, jus limau nipis, sedikit garam, 3 sudu gula, dan daun ketumbar.
▶️ Gaul rata sos sampai sekata.
▶️ Tuang atas sotong. Siap!
BACA JUGA : Resepi Makaroni Cheese Bakar Yang Mudah Dan Confirm Sedap. Ramai Tau Yang Suka Menu Ni!
Siap untuk dihidang! Wah, nampak sedap sangat! Kecur air liur dibuatnya. Resepi yang simple, mudah dan cukup sihat tanpa penggunaan minyak. Nak guna sos ni untuk ikan stim pun boleh ye. Try la nanti.
Rasanya lauk ni macam tak pernah makan lagi kat kedai Thai. Kalau nak makan, baik buat sendiri kat rumah. Lebih jimat dan mudah sangat cara penyediaannya. Nak rebus sotong pun tak lama. Boleh stim jugak kalau korang suka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pemilik Facebook Puteri Santubong kerana sudi berkongsi resepi sotong dengan sauce ala Thai ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!