Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Daging Dendeng Yang Marvellous! Hidangan Wajib Raya Makan Dengan Ketupat Dan Lemang!
Siapa yang mampu menolak kalau diberi hidangan daging dendeng ni. Walaupun baru tengok gambar, tapi dah boleh bayangkan rasa daging dendeng ni macam mana.
Daging dendeng ni tak semua negeri ada. Dan kebiasaannya di Negeri Perak wajib ada ketika musim raya. Sebab selain makan dengan nasi panas, daging dendeng ni sesuai dimakan dengan pulut, ketupat atau pun lemang!
Kalau musim raya, hidangkan dengan lauk daging dendeng ni memang cepat je habis sepinggan. Tapi puas hati dapat hidangkan makanan yang terbaik buat tetamu yang datang.
Memang tidak dinafikan, daging dendeng ni ada pelbagai versi masakan. Tapi apa yang penting, daging dendeng dengan daging masak hitam dua masakan yang berbeza!
Tapi tak semestinya nak makan waktu raya tau! Nak makan waktu puasa, makan hari biasa pun boleh tak ada masalah!
Jom saya kongsikan resepi nak buat daging dendeng versi Cik Puan Wahida Alya kita ni. Resepi yang simple dan mudah nak buat.
RESEPI DAGING DENDENG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Daging 1kg
- 3 sudu Cili kisar
- Kicap manis
- Kicap masin
- Kicap pekat
- Garam
- Gula
- Gula melaka (jika ada)
BAHAN KISAR :
- Serai 4 atau 5 batang
- Bawang besar 4 biji
- Halia 1 inci
- Lengkuas 1 inci
CARA PENYEDIAAN DAGING DENDENG :
▶ Potong daging ikut kesesuaian, basuh bersih² dan toskan
▶ Letakkan daging dalam satu bekas dan tuangkan kicap manis, masin, pekat. Jika tiada kicap masin dan pekat, boleh perap pakai kicap manis sahaja
▶ Perapkan di dalam peti sejuk paling kurang selama 1 jam
▶ Panaskan minyak, tumis semua bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi.
▶ Tumis sampai cili tu betul-betul masak, kemudian, masukkan daging yang diperapkan dengan kicap tadi
▶ Sebatikan, masukkan garam dan gula kemudian tambah sedikit air
▶ Tutup kuali dan biarkan sampai daging tu empuk dan kering. Siap!
BACA JUGA: Masakan Kunyit Menu Paling Simple Dan Mudah Nak Buat. Resepi Wajib Semua Orang Tahu!
TIP :
▶ Untuk masak yang lebih cepat, boleh rebus dulu daging kemudian baru perapkan dengan kicap-kicap tadi. Jadi bila dah masukkan daging, nanti tak perlu terlalu lama.
▶ Cili kisar tu boleh buat sendiri je dengan kisar cili kering dengan air. Cili kering tu rendamkan seketika dengan air panas.
Waah! Bila dah siap masakan daging dendeng ni, memang kerja nak makan nasi aje. Makan daging dendeng ni tak perlu lauk lain pun dah tak apa. Sebab dah cukup untuk kita buat makan bertambah.
Nak lagi, lebihkan kuah rempahnya tu, memang padu! Tak susah nak buat dan resepi mudah ni semua orang boleh buat jadi sedap bila follow cara yang betul.
Kepada yang baru belajar nak buat daging dendeng ni, boleh cuba untuk hidangkan kepada keluarga atau kawan-kawan yang datang ke rumah. InsyaAllah pasti semuanya akan suka.
Selamat mencuba buat kawan-kawan semua!