Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Gulai Ayam Terengganu Yang Paling Sedap. Guna Rempah Asli Dari Terengganu Barulah Cun! 

0 583

Mesti ramai penggemar gulai ayam Terengganu kan? Resepi gulai ayam Terengganu ini memang berbeza dengan gulai ayam yang biasa kita makan. Ianya dimasak dengan menggunakan rempah gulainya yang tersendiri iaitu rempah cap bunga rose.

Dulunya, rempah ini hanya ada di Terengganu sahaja. Tetapi di sebabkan permintaannya yang tinggi, rempah ini juga boleh didapati di sesetengah tempat di luar dari Terengganu.

Hanya mereka yang sudah pernah mencubanya sahaja yang pastinya telah jatuh cinta dengan hidangan ini. Gulai ayam Terengganu ini juga cukup dengan rasa lemak, manis dan pedas. Tak puas nak makan sepinggan dibuatnya!

Gulai atau juga lebih dikenali sebagai kari boleh dipelbagaikan cara masaknya. Kari yang asalnya dari India cukup dengan rasa rempah ratus dan tidak menggunakan santan. Berbeza pula dengan gulai melayu yang dimasak menggunakan santan.

Kedua-duanya juga boleh dihidang dengan lauk ayam, ikan, daging dan juga ketam. Jadi apa kata hari ini kita ikuti perkongsian gulai ayam Terengganu style dari Cik Puan Siti Noor Hidayah Samah. Confirm puas hati dengan hasilnya!

 

RESEPI GULAI AYAM TERENGGANU

Yang tercari-cari rempah cap bunga rose ni, anda boleh beli secara online ataupun direct ke shopee. Maklumlah sekarang ni masih tak boleh merentas negeri. Kalau tak mesti pergi Terengganu, siap boleh beli rempah ni untuk buat stok lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam
  • Santan sederhana pekat
  • 3 sudu besar cili boh
  • 2 biji ubi kentang
  • Nisan kerek/ gula melaka
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam

Bahan rempah cap bunga rose :
  • 2 sudu besar Rempah gulai
  • 1 sudu besar Rempah masak

*Ikut nisbah rempah gulai : rempah masak 2:1

 

Bahan-bahan kisar :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

CARA PENYEDIAAN GULAI AYAM TERENGGANU :

▶️ Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.

▶️ Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.

▶️ Masukkan rempah dan kacau sebati.

▶️ Masukkan ayam dan kacau rata.

▶️ Masukkan juga air dalam 1 cawan. Bilas je blender bekas kisar bawang tadi.

▶️ Masukkan nisan atau gula melaka dan asam keping. Kemudian, gaul rata.

▶️ Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit. Bukak penutup periuk dan masukkan santan. Masa ni jangan tutup periuk lagi dah sampai siap meggulai.

▶️ Bila dah mendidih, masukkan ubi kentang, kerisik dan garam. Kemudian, masak hingga ubi kentang empuk.

▶️ Perlahankan api dapur dan reneh dalam 7-8 minit.

▶️ Bila dah terbit minyak, tutup api dapur. Sedia untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Dim Sum Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Hidang Sejuk-Sejuk Laju Je Masuk Perut!

 

Tips nak dapatkan warna gulai yang cantik ialah pada proses akhirnya. Proses mereneh perlulah menggunakan api yang sangat perlahan. Cili boh juga memainkan peranan penting. Cari cili boh yang merah menyala, untuk mencantikkan lagi warna gulai.

Rempah cap bunga rose ni kalau kat Terengganu mana-mana kedai inshaaAllah ada jual. Kalau luar dari Terengganu, boleh beli online je. Cari je kat shopee semua ada. Gambar rempah ada kat atas. Beli yang macam tu.

Orang ganu yang dah lama tak balik kampung, mesti dah rindu masak gulai ayam mak kan. InsyaAllah lepas semua dah ok, kita dapat balik kampung semula. Semoga resepi gulai ayam Terengganu style ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open