Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sayur Pak Choy Ala Chicken Rice Shop Yang Sedap, Mudah Dan Berkhasiat. Simple Tak Sampai 10 Minit Siap!
Resepi sayur pak choy ala chicken rice shop yang sedap, mudah dibuat dan pastinya berkhasiat. Ianya juga merupakan resepi sayur pak choy yang kita sendiri boleh hidang dirumah sambil merasai nikmat keenakan seperti makan di chicken rice shop.
Sayur akan dimasak berasingan dengan kuah atau sos, yang mana sayur akan direbus terlebih dahulu sehingga lembut kemudiannya disiram dengan kuah yang dimasak sos tiram dan dipekatkan dengan tepung jagung.
Sayur pak choy atau juga dikenali sebagai bok choy merupakan sayur yang banyak khasiatnya. Antaranya ialah meningkatkan kekuatan tulang, meningkatkan kesihatan jantung, meningkatan kesihatan mata dan macam-macam lagi.
Sayur ini juga boleh dimasak dengan pelbagai cara. Dan masing-masing mempunyai keenakannya tersendiri. Jom kita cuba resepi sayur pak choy ala chicken rice shop yang dikongsikan oleh Cik Puan Liza Idris melalui laman facebooknya.
Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini sangatlah mudah diperolehi. Untuk masakan yang simple, anda cuma perlu menggunakan sos tiram untuk memekatkan kuah. Tetapi, untuk resepi ini anda perlu menggunakan tepung jagung.
RESEPI SAYUR PAK CHOY ALA CHICKEN RICE SHOP
Kepada penggemar sayur pak choy, apa kata anda cuba follow resepi istimewa ini. Tak perlu makan di kedai lagi, anda boleh merasai nikmat makan sayur pak choy yang sebijik macam chicken rice shop. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 pokok sayur pak choy.
- 3 atau 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 inci halia (dicincang)
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 cawan air
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 biji cili merah
- Sedikit bawang goreng
- Serbuk lada
CARA PENYEDIAAN PAK CHOY CHICKEN RICE SHOP :
▶️ Potong bawah batang pak choy dan basuh bersih.
▶️ Didihkan air, pegang atas sayur dan celur batang dahulu. Bila batang pak choy dah lembut sikit, celurkan sekejap kesemuanya dalam air panas. Angkat dah toskan.
▶️ Susun atas pinggan ikut cara tersendiri.
▶️ Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia yang dicincang sehingga naik bau. Goreng sampai kekuningan, biar garing sedikit.
▶️ Masukkan 4 sudu besar sos tiram. Kacau bagi sama rata.
▶️ Masukkan 1 cawan air. Kacau lagi.
▶️ Seterusnya, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air tadi dan kacau sebati.
▶️ Dah likat pekat, rasa la sikit. Boleh je tambah garam dan gula jika anda mahu.
▶️ Siap kuah. Tutup api.
▶️ Hidangkan pak choy yang dicelur tadi bersama curahan sos.
▶️ Tabur cili besar, tak letak pun ok je. Sebagai hiasan untuk serikan hidangan.
▶️ Tabur lagi bawang goreng.
▶️ Last sekali, perasakan sikit dengan lada sulah. Tak letak pun takpa. Siap!
BACA JUGA: Resepi Pau Spicy Tuna Yang Lembut Dan Gebu. Kudapan Minum Petang Yang Memang Sedap!
Siap untuk dihidang! Sayur pak choy ni nak ratah makan macam tu tanpa nasi pun sedap sangat. Dan kepada siapa yang tengah mengamalkan diet anda boleh mencuba resepi ini.
Mesti ramai antara anda semua yang setiap kali ke chicken rice shop akan memilih hidangan sayur ini untuk pelengkap lauk yang lain. Sebab sayur ini terbukti mempunyai keenakannya yang tersendiri walaupun dihidang dengan pelbagai cara.
Sayur pak choy antara sayur yang mudah diperolehi dipasar dan sangat enak dimakan. Resepi pun dah ada, dengan itu anda boleh menggunakan resepi sayur pak choy ala chicken rice shop ini untuk menu makan malam anda. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!