Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Aruz Billaban Makanan Arab Mesir. Follow Resepi Ni Serious Sedap!

Nasi Susu
0 594

Ada yang pernah makan nasi susu? Atau lebih dikenali dengan aruz billaban. Ya, namanya dalam Bahasa arab. Mungkin resepi ni asalnya daripada negara arab kot ye? Kalau ada yang tahu sejarah aruz billaban ni bolehlah kongsikan.

Aruz dalam Bahasa Melayu adalah nasi/beras. Manakala laban pula adalah susu. Aruz billaban membawa maksud nasi atau beras  dengan susu. Bagaimana rasanya? Sudah tentu sedap dan berlemak sebab penggunaan susu dalam nasi kita.

Apa yang lebih menarik, bukan gunakan beras biasa tau. tetapi pakai beras pulut. Tidak pasti juga makanan ni biasa ada di Malaysia atau tidak, yang pasti memang biasa ada di tanah arab.

Bila tengok gambar aruz billaban yang Cik Puan Naemah Aziz kongsikan ni nampak macam menarik dan menyelerakan pula. Hanya gunakan 6 bahan ni je, menjadi sedap dan confirm ramai suka.

Cuma makanan jenis ni banyak gunakan susu. Oleh itu, bagi yang suka minum susu masakan ni sesuai lah untuk dibuat dan variasikan makanan yang kita ada. Tapi bagi yang tak suka susu, jangan cuba!

 

RESEPI ARUZ BILLABAN ( NASI DENGAN SUSU )

Bagi yang nak cuba salah satu makanan arab, boleh simpan dulu resepi ni untuk buat di kemudian hari jika berkesempatan. InsyaAllah sudah tentu, sekali rasa terus jatuh suka!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 genggam beras pulut
  • 3 cawan susu full cream
  • 7 sudu gula makan
  • 2 ½ sudu tepung jagung
  • Suku penutup esen vanilla
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN ARUZ BILLABAN :

▶ Mula-mula sekali, rendam beras pulut dalam 2 jam sebelum dimasak. Bila dah cukup masa, masak pulut dengan satu setengah cawan air.

▶ Bila pulut dah masak, masukkan susu. Kalau nak lebih sedap, gunakan susu tepung atau gunakan susu segar ni.

▶ Kacau rata dengan pulut kita tadi dan api biarkan masih terpasang tau.

▶ Seterusnya, masukkan gula. Jika suka manis, boleh extrakan. Tapi jika tak suka manis, boleh kurangkan sedikit.

▶ Kemudian, masukkan perisa esen vanilla. Kacau sampai pulut kembang. Bila dah menggelegak, masukkan tepung jagung.

▶ Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Risau nanti tak cantik rupanya. Kacau sampai mendidih. Memang nak buat resepi ni, kacau tanpa tinggal.

▶ Dah masak, masukkan secubit garam. Kacau bagi rata.

▶ Masukkan dalam acuan, kemudian bakar sekejap sekitar 15 minit dengan suhu 170’c

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Taufufah Simple Persis Bazaar Ramadhan. Guna 3 Bahan Garenti Sedap!

 

Ramai yang belum pernah makan aruz billaban. Daripada info yang saya dapat, makanan ni biasa dimakan oleh orang arab. Pemilik resepi yang kongsikan ni pun, bekas pelajar yang pernah belajar di bumi Mesir Anbiya.

Sesekali nak cuba rasa, bolehlah buat resepi ni. Siapa yang belum pernah rasa, boleh lah cuba sekali dua. Mana tahu kena dengan tekak kita, bolehlah buat selalu. Resepi pun dah tahu macam mana nak buat yang sedap.

Saya harap perkongsian cara nak buat resepi Aruz Billaban atau nasi/ beras dengan susu ni memberikan manfaat kepada semua. Sharekan juga di wall supaya lebih ramai yang lebih dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open