Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Dim Sum Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Hidang Sejuk-Sejuk Laju Je Masuk Perut!

0 649

Apa kata hari ini kita ikuti satu perkongsian resepi dim sum homemade disini. Mudah sangat nak buatnya! Untuk pengetahuan semua, dim sum adalah masakan cina yang dihidang ringan bersama teh cina. Ianya juga merupakan hidangan yang disukai ramai.

Dim sum juga boleh dihidang dengan pelbagai cara termasuklah daging, sayur-sayuran, seafood dan juga buah-buahan. Boleh disediakan secara homemade dengan menggunakan pelbagai resepi yang ada.

Dim sum yang dimasak sendiri lebih terjamin 100% bersih dan halal dari beli diluar. Kebiasaannya, mereka yang suka dim sum ni akan memilih untuk membeli dim sum ready to eat je. Tak pun beli yang frozen dan kukus je dirumah.

Tapi, sejak-sejak dah tak boleh keluar rumah ni, lebih baik kita buat sendiri je dirumah. Kalau nak tahu cara paling mudah buat dim sum, apa kata kita ikuti perkongsian resepinya dari  Cik Puan Shida Ambok ini. Confirm puas hati!

Diucapkan ribuan terima kasih diucapkan buat beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Sebelum kita mula memasak, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.

 

RESEPI DIM SUM HOMEMADE

Bahagikan bahan kepada dua bahagian iaitu bahagian kulit dan juga bahagian isi. Nak guna isi apa pun boleh ye. Tak nak buang masa lagi, jom kita buat dim sum homemade untuk anak-anak. Pasti mereka suka!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A : Untuk isi
  • 3 keping dada ayam
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 batang lada merah
  • Suku batang lobak merah
  • Lada hitam
  • Secukup rasa
  • Garam
  • 1 biji Telur

 

Bahan B : Untuk kulit
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam
  • Air panas
  • Pewarna

CARA PENYEDIAAN DIMSUM HOMEMADE :

▶️ Bersihkan dada ayam dan kisar atau tumbuk halus.

▶️ Kisar atau tumbuk halus lada dan lobak merah.

▶️ Campurkan kedua bahan kisar tadi ke dalam satu bekas.

▶️ Masukkan telur, tepung jagung, garam, serbuk perasa dan lada hitam. Gaul sebati dan ketepikan.

▶️ Kemudian, untuk buat kulitnya. Campurkan ke semua bahan B dalam satu bekas. Air panas dimasukkan dengan anggaran untuk menjadikan adunan doh yang tak melekat pada tangan.

▶️ Adunan doh yang siap di bahagi kepada 3 bahagian untuk diwarnakan. Tak nak warna pun boleh.

▶️ Bila doh dah siap, bentukkan doh kecil. Kemudian, canai senipis yang mungkin. Intikan dengan isi ayam tadi. Guna tangan pun takde masalah.

▶️ Siap semuanya,  bolehlah kukus dim sum dalam masa 10-15 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Menambah Nasi Dibuatnya!

 

Enak sungguh dimakan dengan sos. Dihidang panas atau sejuk tetap sedap rasanya. Anak-anak pula tentu suka dim sum yang dah sejuk. Laju je masuk perut. Dapatlah anak-anak makan sepuas-puasnya.

Sukatan adunan ini dapat menghasilkan lebih daripada 30 biji dim sum.  Banyakkan? Memang puas makan dim sum macam ni. Kalau orang cina makan dengan teh cina, kita pula boleh makan dim sum ni dengan sos. Sedap sangat!

Dim sum yang menggunakan buah-buahan, juga dikenali sebagai dessert. Semoga resepi dim sum homemade inti ayam yang sedap ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open