Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Yang Meriah. Luarnya Garing Dalamnya Pula Gebu Gitu!

0 2,006

Resepi pau goreng inti kacang merah ini sudah pasti ramai penggemarnya. Ianya juga merupakan kuih yang sangat sedap dihidang panas-panas. Pau juga sangat sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi dan minum petang anda sekeluarga.

Anak-anak pula antara penggemarnya. Boleh difrozenkan dan digoreng waktu pagi sebelum anak-anak kesekolah. Pau goreng juga boleh dipelbagaikan intinya selain menggunakan inti kacang merah.

Contoh inti yang menjadi perhatian ramai adalah inti kelapa, inti pandan, inti kacang tanah, inti sardin dan macam-macam lagi. Pau juga boleh dimasak kukus, tapi teksturnya gebu dan tidak garing seperti pau goreng. Kulitnya juga berwarna putih.

Pau goreng juga boleh dijumpai di gerai tepi jalan di waktu pagi dan petang. Ramai peniaga kecil yang menjualnya bersama kuih muih yang lain. Bila ke pasar malam, ada juga peniaga yang menjualnya dengan cakui dan kuih goreng yang lain.

Disebabkan kuih pau goreng inti kacang merah ini ramai penggemarnya, apa kata kita follow resepinya  yang dikongsikan oleh Cik Puan Khadijah Jaafar. Luarnya nampak garing, dalamnya pula gebu gitu. Rugi tak cuba!

 

RESEPI PAU GORENG INTI KACANG MERAH

Pau goreng ini mudah sangat nak buat. Cuma pastikan doh mengembang dengan baik barulah hasil kuih jadi gebu dan lembut. Kalau buat sendiri kita boleh banyakkan intinya. Barulah puas hati nak makan nanti. Jom mendoh!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 800 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar planta
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 gelas air suam
  • 1 peket yis
  • Air sejuk secukupnya
  • Pes kacang merah (beli kat kedai bakery)

CARA PENYEDIAAN PAU GORENG INTI KACANG MERAH :

▶️ Masukkan gula, yis dan air suam. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.

▶️ Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat dan bancuhan yis tadi.

▶️ Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air tu masukkan sedikit-sedikit ye, supaya doh tak terlebih air.

▶️ Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Kemudian, rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda.

▶️ Seterusnya, tumbuk manja sikit doh supaya udara keluar.

▶️ Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah dan bulat-bulatkan. Buat sendiri letak inti sebanyak yang anda suka.

▶️ Dalam dulang untuk susun pau tu, pastikan taburkan dengan tepung dulu.

▶️ Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.

▶️ Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana.

▶️ Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknya turun.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Gulai Ayam Terengganu Yang Paling Sedap. Guna Rempah Asli Dari Terengganu Barulah Cun!

 

Sedapnya! Tu dia, buka je penuh dengan inti. Makan panas-panas dengan intinya yang meriah macam ni seronok sangat! Banyak lagi resepi kuih muih yang kita boleh masak kat rumah. Kena rajin masak supaya anak-anak tak bising nak keluar rumah.

Sebelum terlupa, pau goreng ni boleh dimasak garing dan juga dimasak lembut. Caranya mudah je. Kalau nak garing, goreng pau lama sikit. Kalau nak lembut, masak sekejap je, jangan biarkan lama dalam minyak.

Lepas ni nak makan pau goreng boleh cuba je resepinya disini. Meriah sungguh intinya. Kita buat dengan anak-anak, mesti mereka suka. Semoga resepi pau goreng inti kacang merah ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open