Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Tempura Nugget Homemade Yang Lembut Dan Sedap. Anak-Anak Confirm Suka!
Tempura nugget homemade guys! Anak-anak memang suka makan nugget. Tapi nugget kat luar tu belum tentu seratus peratus bersih. Elok buat sendiri kat rumah. Korang follow je resepi tempura nugget homemade ni kat sini.
Parents memang kena jaga pemakanan anak-anak ye. Frozen food kat luar tu tak elok sangat kalau selalu makan. Tapi tu jugak la makanan kegemaran anak-anak. Tak kira untuk breakfast, bekal ke sekolah mahupun untuk makan tengahari dan makan malam.
Risau beli nugget kat luar. Orang kata ada lemak kat dalam nugget tu. Tak elok untuk kita. Rupanya nak buat nugget homemade ni, takde la susah mana pun. Yang penting dijamin tanpa keraguan. Anak-anak pun confirm suka.
Resepi tempura nugget homemade ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noor Liyana. Sekali cuba pasti nak lagi. Buat stok nugget banyak-banyak. Senang nak goreng bila anak-anak nak makan nanti.
Asalnya resepi ni nak buat sausage. Tapi takde plastik aiskrim tu. Jadi terjadi lah nugget tempura. Lembut dan takde lemak atau keraguan dalam nugget ni. Sebab totally menggunakan isi ayam bahagian dada. Senang nak buat tapi leceh sikit part nak potong ayam kecik-kecik.
RESEPI TEMPURA NUGGET HOMEMADE
Nak adun bahan buat nugget ni pun tak susah. Hanya perlu campur semua bahan dan kisar guna blander. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Step memasak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 700gm isi ayam (bahagian dada dipotong-potong kecil)
- Telur 2 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Bawang merah 2 biji (saiz sedang)
- Lada hitam (ditumbuk) ikut suka nak banyak mana
- Tepung ubi kayu 3 sudu
- Garam dan perasa (ikut suka)
- Tepung goreng serbaguna (guna brand aroma sebab dia ada rasa pedas-pedas sikit. Brand aji pun sedap)
- Sedikit butter
CARA PENYEDIAAN TEMPURA NUGGET HOMEMADE :
▶️ Blend semua bahan. Boleh guna food processer jika ada. Kalau tak, boleh guna blender. Tapi blend perlahan-lahan sebab takut blender rosak.
▶️ Kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 minit. Sebelum masuk adunan, ada sapu butter sikit di loyang supaya nugget cake senang dikeluarkan.
▶️ Kemudian, potong nugget cake mengikut saiz dan bentuk yang kite suka.
▶️ Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.
▶️ Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng sehingga garing.
BACA JUGA : Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Menambah Masing-Masing!
Dah siap pun tempura nugget homemade kita. Rupanya nak buat nugget ni takde la susah sangat. Semua orang boleh buat sendiri. Follow je sebiji-sebijik resepi ni confirm menjadi! Yang penting anak kita sihat.
Kalau nak rasa lebih sihat, boleh juga grill nugget cake tu. Haa, ikut citarasa masing-masing. Kalau grill takde la berminyak sangat nugget korang nanti. Potong elok nugget ye. Baru cantik nak hidang nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noor Liyana kerana sudi berkongsi resepi tempura nugget homemade ini di Facebook. Dah boleh buat sendiri lepas ni. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!