Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Sup Ayam Tanpa Minyak Dan Tumis. Lebih Simple Dan Sihat!

0 127

Tak pernah lagi cuba resepi sup ayam tanpa minyak dan tumis ni. Nampak menarik! Hanya perlu direbus sahaja. Menu sup ayam kali ni versi Chinese style ye. Sangat simple dan mudah disediakan.

Sebut pasal sup biasanya perlu di tumis dahulu bahan rempah sebelum di masak. Tapi yang ni cara mudah yang korang boleh try kat rumah. Campur semua bahan dan masuk dalam periuk. Kemudian, rebus. 

Sup ni juga sesuatu untuk korang yang nak diet dan tak sihat. Tiada penggunaan minyak ye. Layan lauk ni dengan sambal dan ikan kering mesti lagi sedap. Try la cuba resepi ni kat rumah nanti. Ikut sebijik-sebijik confirm menjadi!

Resepi sup ayam tanpa minyak dan tumis ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rahiza Abd Rahim Rahiza. Ramai jugak yang tertarik dengan resepi ni. Bebas dari penggunaan minyak. Badan pun lebih sihat.

Kalau letak sup bunjut lagi sedap kan. Masa makan nanti, boleh buh lada kicap dan perahkan limau kasturi. Purgh! Memang padu rasa sup ni. Siapa kata, sup simple tak sedap. Try dulu baru tahu.

RESEPI SUP AYAM TANPA MINYAK DAN TUMIS

Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sup ayam versi sihat ni. Sekali cuba pasti nak lagi. Step memasak seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam (dipotong kecik)

  • 3-4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 inci halia (diketuk)
  • Kentang
  • Carrot
  • Btg celery
  • Daun bawang batang sahaja (dihiris kasar)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • Kuib ayam
  • Garam

* Boleh letak apa saja jenis sayur yang kita suka. 

CARA PENYEDIAAN SUP AYAM TANPA MINYAK DAN TUMIS :

▶️ Masukkan semua bahan dalam periuk.

▶️ Letak air dan rebus.

▶️ Last sekali, hias dengan daun sup & bawang goreng. 

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Tempura Nugget Homemade Yang Lembut Dan Sedap. Anak-Anak Confirm Suka!

 

Mudahnya! Hanya perlu campur semua bahan dan masukkan sahaja air. Dah boleh tinggal kejap untuk isi ayam masak dengan sempurna. Ni bukan masakan orang malas ye. Ni masakan orang yang tak cukup masa dan nak lebih sihat.

Dah makin berumur ni semua benda kena jaga. Termasuk masakan. Biasanya masak sup yang sedap ni perlukan sedikit minyak untuk menumis. Tapi tak sangka ada pulak resepi sup yang dimasak tanpa minyak dan tumis ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rahiza Abd Rahim Rahiz kerana sudi berkongsi resepi sup ayam tanpa minyak dan tumis ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open