Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sambal Bawang Versi Negeri Sembilan. Makan Dengan Pulut Kuning Dan Nasi Lemak Memang Marvellous!

0 11,873

Sebelum ni tak pernah dengar nama sambal bawang. Biasanya kan sambal ikan bilis, sambal ayam, sambal tempoyak dan sebagainya. Tapi sambal bawang ni rupa-rupanya famous di Negeri Sembilan.

Baka kata Cik Puan Nazuhaina Azu ni, orang zaman dulu-dulu memang suka betul makan sambal ni. Memang banyak menggunakan bawang pun kalau nak buat sambal ni. Disebabkan banyak tulah namanya sambal bawang sekilo.

Tak pasti samada memang namanya begitu atau sahabat kita ni yang menamakannya. Tapi  katanya, makan dengan nasi lemak boleh sampai pengsan lah dek kesedapannya tu.

Wah! Teruja juga bila tengok resepi yang dikongsikan ni. Buat sambal tapi menggunakan santan dalam pembuatannya. Memang tak sabar nak cuba sebab rasanya pasti berbeza.

Sambal bawang ni, sesuai je nak makan dengan nasi putih, nasi lemak ataupun pulut. Makan tengah panas-panas, bersama ikan kering, memang layanz sangat!

 

RESEPI SAMBAL BAWANG SEKILO

Resepi yang saya kongsikan adalah daripada beliau ni mungkin ada yang tidak sama dengan cara biasa yang orang lain buat. Namun, kita raikan perbezaan ye. Mana tahu, masing-masing rasanya memang sedap menjilat jari!

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 4-5 biji Bawang besar ( dimayang)
  • 2 biji bawang besar ( kisar)
  • 2 cawan Ikan bilis ( digoreng terlebih dahulu )
  • Cilik kering (kisar)
  • Santan
  • Asam keping
  • Garam halus

CARA PENYEDIAAN SAMBAL BAWANG :

▶ Mula-mula sekali, kisar bawang dengan cili kering. Kisar halus dan tumis dalam sedikit minyak.

▶ Tumis sampai lah pecah minyak.

▶ Bila kuah dah pecah minyak, masukkan santan dan sedikit garam. Gaul sampai sebati semua bahan.

▶ Seterusnya, masukkan bawang yang kita mayang tadi.  Gaulkan dan masak sampai sedikit layu

▶ Masukkan pula ikan bilis yang sudah digoreng garing pada awal tadi.

▶ Gaul rata, dan masak sekejap sampai semua bahan dapat rasa sempurna.

▶ Bila kuah dan mendidih, rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Resepi Karipap Inti Sardin. Kulit Luar Rapuh Inti Dalam Padat!

Sesetengah orang ada yang suka masukkan bahan lain sama, seperti petai untuk rasa yang lebih sedap. Boleh ikut selera kita masing-masing ya.

Kalau orang kampung, pasti terbayang makan sambal bawang ni sebagai pencicah ubi kayu rebus. Bolehlah hidangkan dengan nasi lemak atau pulut.

Dapat pulut kuning yang wangi dan berlemak elok je, memang cepat habis licin sambal bawang ni dibuatnya.

Kepada yang baru je tahu resepi sambal bawang versi Negeri Sembilan ni, boleh cuba buat dan follow resepi yang saya kongsikan ni ye. Selamat mencuba saya ucapkan!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open