Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Agar-Agar Buah Yang Paling Sedap. Rasa Fresh Je Tekak Bila Makan Nanti!

0 92

Nah! Ni dia dessert agar-agar buah untuk segarkan tekak bila cuaca panas terik. Confirm korang suka! Try la resepi agar-agar buah ni. Buat kat rumah nanti. Syok tau makan sejuk-sejuk keluar dari peti. 

Semalam scroll kat Facebook, nampak pulak agak-agar buah ni. Teringin nak makan. Kebetulan banyak buah dalam peti. Agar-agar buah ni sedap guna buah masam manis. Rasa fresh je tekak bila makan nanti. 

Tengok agar-agar buah ni macam cermin. Agar-agar jernih, nampak warna buah je. Memang cantik sangat. Nak makan pun sayang sebab agar-agar buah ni nampak cantik bila dah siap.

Resepi agar-agar buah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Ben Safwan. Nak dapatkan hasil agar-agar yang cantik kena guna nisbah 10 gram agar-agar tali = 1liter air. Sure tekstur agak-agar memang elok. 

Agar-agar ni boleh buat dalam loyang, boleh jugak buat dalam bekas-bekas yang kecik tu. Senang sikit nak makan. Tak perlu nak potong agak-agar bagai lagi. Ambil sudu, ambil sebekas agar-agar dah boleh makan. Memang sedap weh!

RESEPI AGAR-AGAR BUAH 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan agar-agar buah ni. Resepi ni dah ada sukatan yang tepat. Follow je confirm menjadi. Jom tengok step penyediaannya di bawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 20 gram agar-agar tali
  • 2 liter jumlah air kosong/ air laici/ air jagung bila dicampur bersama (Ratio ikut suka)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 1 tin (200 gram) jagung manis dalam tin cap Ayam Brand
  • Biji selasih ikut suka (letak dalam air biar kembang dan toskan)
  • Buah ikut kuantiti yang disukai

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR BUAH : 

▶️ Rendam agar-agar tali 45 minit-1 jam.

▶️ Masak air kosong biar mendidih dulu baru tambah agar-agar yang siap direndam dan ditoskan. Pastikan yang ni hancur betul baru masukkan gula. Biar hancur baru tambah satu tin laici dengan satu tin jagung manis. Siap dengan isi-isi masukkan.

▶️ Sambil biarkan air didihan dia panas, potong buah ikut nak bentuk macam mana asal korang suka tengok. Pilih yang colourful. Susun dalam bekas acuan lepas tu ceduk air didihan agar-agar panas siram atas buah. Tujuan bagi buah lembik sedikit.

▶️ Biar kat luar dulu bagi sejuk, baru masukkan dalam peti sekitar 1 jam 30 minit minima baru boleh potong dan makan.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Khecap Budak Gemok. Confirm Sedap Dan Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Nak buat agar-agar buah ni boleh je guna apa-apa jenis buah yang korang suka. Sukatan buah pun tak tetap. Boleh letak berapa banyak yang korang suka. Janji sukatan agar-agar tadi mestilah nisbah 10 gram agar-agar tali sama dengan 1liter air.

Sedap betul rasa air jagung manis dengan air laici bercampur. Ringan sambil rasa masam manis buah. Rugi korang tak cuba buat agar-agar buah ni. Sekali makan, pasti korang nak lagi. Boleh legakan tekak bila cuaca tengah panas terik.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Ben Safwan kerana sudi berkongsi resepi agar-agar buah yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open