Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Menambah Masing-Masing!

0 111

Sesekali makan bubur ayam macam ni sedap jugak kan. Makan masa panas-panas lagi sedap. Masing-masing nak menambah nanti. Jom kita follow resepi bubur ayam ala McD ni kat sini. Mesti korang dah rindu nak pegi McD kan. Apa pun kita boikot dulu!

Jangan pertikaikan orang yang nak boikot. Sebab dia pun takut nak jawab kat akhirat sana. Takde masalah pun tak makan McD. Resepi ayam goreng & bubur ala McD pun dah ada kat Facebook. Ramai orang yang share. Nak buat atau tak je.

Bubur ni sesuai sangat untuk hidangan anak-anak dan orang sakit. Tengok dari gambar pun dah nampak aura bubur McD. Tak payah beli, kita buat je sendiri kat rumah. Boleh buat banyak-banyak. Jimat pulak tu. Beli bubur McD pun bukan murah. 

Resepi bubur ayam ala McD ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puna Uwan Nolly Epin. Sangat mudah dan simple cara penyediaannya. Rugi sangat korang tak cuba buat kat rumah. 

Alang-alang boikot, aku rekomen jugak korang tukar bahan-bahan boikot yang digunakan dalam resepi ni. Contoh kiub maggie tukar kepada kiub knorr. Maggie cukup rasa pun boleh jugak digantikan dengan perisa Knorr. Kita tekad nak boikot ye!

 

RESEPI BUBUR AYAM ALA MCD

Yang dah rindu nak makan bubur McD, meh la kita cuba resepi ni kat rumah. Dapat rasa sama 9/10 pun dah okey sangat. Bubur ni korang boleh adjust rasa ikut suka masing-masing. Jom kita tengok bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2-3 dada ayam keping
  • 1 1/2 pot beras (cuci dan toskan)
  • 1 1/2″ halia (dihiris nipis macam mancis api)
  • 2 kiub ayam maggie
  • Air secukupnya
  • Minyak bijan
  • Daun bawang (dihiris)
  • Carrot potong dadu 
  • Maggi cukup rasa
  • Lada merah (untuk hiasan)
  • 1sk lada sulah (kalau suka)

CARA PENYEDIAAN BUBUR AYAM ALA MCD :

▶️ Didihkn air secukupnya dan rebus ayam sehingga empuk.

▶️ Masukkan kiub ayam maggi/knorr.

▶️ Ayam dah masak, keluarkan dan toskan.

▶️ Masukkan pulak beras. Masak hingga beras kembang.

▶️ Masukkan carrot. Kalau suka nak masukkan fish cake yang dipotong dadu pun sedap jugak.

▶️ Sementara masak bubur tu, carik-carik ayam tadi.

▶️ Bila bubur dah hampir masak, masukkan halia.

▶️ Rasakan dengan garam. Tak cukup masin, masukkan maggi cukup rasa atau perisa knorr. 

▶️ Kalau suka ada rasa pedas-pedas sikit. Masukkan 1sk lada sulah.

▶️ Last sekali, masukkan sebahagian dari ayam carik tadi kedalam bubur.

▶️ Gaulkn bagi sebati dan tutup api.

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Wantan Goreng Rangup. Makan Dengan Sos Cili Lagi Sedap!

 

Akhirnya siap pun bubur ayam ala McD  kita ni. Masukkan bubur kedalam mangkuk dan hiaskan dengan  ayam carik tadi. Tabur bawang goreng dan cili merah. Nak letak sedikit titisan minyak bijan pun boleh. 

Bubur ni korang nak makan dengan telur masin, serunding, nugget dan lain-lain pun sedap. Siap boleh layan dengan ayam goreng ala McD homemade lagi. Terus macam rasa makan kat Mcd. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puna Uwan Nolly Epin kerana sudi berkongsi resepi bubur ayam ala McD ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open