Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Makaroni Cheese Bakar Yang Mudah Dan Confirm Sedap. Ramai Tau Yang Suka Menu Ni!
Siapa suka makan makaroni? Jom try resepi makaroni cheese bakar ni. Confirm sedap! Kalau beli kat luar agak mahal jugak harganya. Tak puas makan pulak tu. Baik korang buat sendiri makaroni cheese bakar ni kat rumah. Senang je pun.
Rasa makaroni cheese bakar ni cukup dengan rasa pedas, manis, masam dan lemak berkrim. Sedap sangat tau! Makan panas-panas boleh terangkat dibuatnya! Cheese pun tertarik bila makan panas-panas nanti.
Apa yang buat makaroni cheese bakar ni sedap? Dah semestinya sos putihnya. Sos putih makaroni ni diperbuat daripada kepingan cheese, susu, tepung jagung, mentega dan beberapa lagi bahan perasa yang lain. Teksturnya pekat dan berkrim.
Nak masak makaroni cheese bakar ni ada pelbagai cara. Untuk hidangan ni korang boleh follow resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Puteri Hana Sofia. Nampak mudah sangat cara nak buatnya.
Resepi ni viral sampai 2.4k share di Facebook sampai hari ni. Ramai yang suka ye. Nak lagi sedap, makaroni cheese bakar ni perlu di bakar dengan bahan tambahan seperti daging atau ayam kisar. Nak letak cendawan butang pun boleh.
RESEPI MAKARONI CHEESE BAKAR
Yang suka makaroni cheese bakar, wajib cuba resepi ni. Confirm puas hati! Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan makaroni cheese bakar ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan makaroni cheese :
- 150 gram makaroni
- 100 g daging/ayam cincang
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 ulas bawang merah (dicincang)
- 1/2 labu bawang holland (dicincang)
- 6 sudu besar sos spageti
- 3 sudu besar tomato puri
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cili blend (kalau nak pedas)
- Sayur campuran
- Daun sup
- Serbuk oregano/mixed herb/Italian herb
- Gula
- Garam
Bahan sos putih :
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu besar mentega
- Serbuk oregano/lada sulah
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 12 keping slice cheese
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN MAKARONI CHEESE BAKAR :
Cara memasak :
▶️ Rebus makaroni sehingga lembut dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
▶️ Panaskan sedikit minyak. Tumiskan kesemua bahan sehingga naik bau.
▶️ Kemudian, masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan ayam/daging cincang. Kacau sebentar.
▶️ Masukkan tomato puri, sos spegati, cili blend dan sos cili.
▶️ Tambahkan garam, gula dan serbuk oregano secukupnya.
▶️ Masukkan sayuran campuran. Kacau sehingga sayur agak layu.
▶️ Masukkan pula tomato. Kacau sekejap.
▶️ Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul rata dan seimbangkan rasa.
Cara membuat sos putih :
▶️ Cairkan butter. Masukkan cheese. Kacau sehingga cheese cair.
▶️ Masukkan susu segar. Tunggu sehingga mendidih.
▶️ Masukkan garam, gula dan oregano@lada sulah secukupnya.
▶️ Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
Cara membakar makaroni :
▶️ Masukkan makaroni yang telah digoreng ke dalam loyang pembakar.
▶️ Tuangkan sos putih. Gaul rata. Boleh tambahkan beberapa keping slide cheese di dalam makaroni.
▶️ Taburkan cheese. Cheddar, mozzarella atau pizza topping yang diparut ke atas makaroni.
▶️ Bakar pada suhu 170°c selama 20-30 minit. Api bawah. Siap!
BACA JUGA : Resepi Ikan Masak Cuka Orang Utara. Lauk Ni Boleh Tahan Banyak Hari Kalau Simpan Dalam Peti!
Siap untuk dihidang! Walaupun menggunakan banyak parutan cheese, rasanya tetap tak muak. Sebab macaroni ni tak cuma mempunyai lemak cheese tapi dipedaskan lagi dengan sos cili, dimasamkan dengan sos pasta. Confirm sedap!
Kalau suka pedas, boleh je masukkan cili api yang dihiris nipis. Masak sekali dengan makaroni tadi. Tapi, tak sesuai guna tips ni untuk dihidangkan buat anak-anak. Lagi banyak cheese atas makaroni ni lagi sedap ye. Puas makan dari beli kat luar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Puteri Hana Sofia kerana sudi berkongsia resepi makaroni cheese bakar yang mudah dan confirm sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!