Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Pisang Homemade Yang Paling Senang Buat. Berapa Step Je Kek Pisang Dah Siap!
Satu family aku gemar dengan kek pisang. Setiap kali balik ke Sabah, dah jadi kebiasaan untuk aku borong kek pisang kat airport. Tapi kalau dah habis tu, terpaksa jugak la buat sendiri kat rumah. Ha, ni dia resepi kek pisang homemade yang family aku selalu gunakan.
Nak buat kek pisang ni sedap guna pisang berangan. Kalau pisang lain, aku rasa kurang sedap. Yang bestnya kek pisang yang kita buat sendiri ni boleh adjust ye. Contoh korang nak letak hirisan pisang dalam kek tu. Baru la syok nak makan nanti.
Kat Sabah memang takde jual kek pisang macam kat airport tu tau. Tak tahu la kenapa. Kot korang tahu, boleh jelaskan aku. Tak kisah la brand Sinar, brand Samudra, brand Mighty White. Semua tu aku tak pernah jumpa kat kedai runcit Sabah lagi. Sebab tu setiap kali balik aku nak borong.
Tapi makan kek pisang panas-panas pun sedap tau. Dapat pulak kek pisang gebu dah lembut. Memang tak cukup sepotong la. Silap-silap habis sepapan dibuatnya. Tu yang aku nak korang try resepi kek pisang dari Cik Puan Shery Samad ni. Resepinya sangat mudah dan sedap. Rugi tak cuba.
Orang tak reti baking pun boleh buat. Sebab adik aku memang tak reti buat kek. First time dia cuba resepi ni terus menjadi. Hasilnya pun sedap. Berebut makan la time dia buat tu. Layan pulak dengan Nescafe panas. Memang mantap la kan.
RESEPI KEK PISANG HOMEMADE
Tak nak la buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang di perlukan dalam penyediaan kek pisang simple ni. Cara penyediaan pun ada kat bawah sekali.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan tepung gandum
- 1st baking powder
- 1/2st soda bicarbonat
Bahan kisar :
- 4 biji pisang berangan
- 1 cawan minyak
- 1/2 cawan gula perang dan tambah 3sb gula putih (boleh lebihkan gula jika suka manis lagi)
- 3 biji telur
CARA PENYEDIAAN KEK PISANG HOMEMADE :
▶️ Masukkan semua bahan tepung tadi ke dalam bekas. Kemudian, tuang bahan yang di blend tadi ke dalam tepung.
▶️ Kaup semua bahan sehingga sebati.
▶️ Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar 170c selama 50minit – 1jam.
BACA JUGA : Resepi Pulut Kacau Atau Wajik Homemade Yang Sedap. Pulutnya Tak Keras, Tak Lembik!
Simple semudah ABC resepi kek pisang ni! Tak perlu guna banyak bahan dan banyak kerja. Resepi ni korang kena save siap2. Bila-bila masa boleh guna kalau korang teringin nak makan kek pisang panas-panas.
Macam tu la family aku dengan kek pisang! Habis yang dah beli kat airport, mesti akan buat sendiri kek pisang kat rumah. Resepi pun dah ada. Tinggal buat je! Yang penting, kek pisang buat sendiri lagi jimat, lagi puas hati nak makan.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Shery Samad kerana sudi berkongsi resepi kek pisang homemade yang simple ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!