Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Homemade Assorted English Muffins Ala McDonald’s. Buat Breakfast Memang Sedap Weh!
Nah, menu special homemade assorted english muffins ala McDonald’s. Buat roti dia je, nanti korang nak buat egg muffins, beef bacon muffins atau chicken ham muffins pun dah mudah. Pilih je english muffin mana yang korang nak.
Nak makan english muffin ni kita kena buat roti dia dulu. Entah la roti dia ada jual kat luar ke tak. Kalau tengok kat resepi ni kita kena hasilkan sendiri roti muffin tu. Tak susah mana pun buatnya. Lepas adun, perap 1 jam. Dah boleh bakar untuk breakfast nanti.
Korang yang dah lama tak pegi breakfast dekat McD, lepas ni boleh la buat sendiri egg muffin korang kat rumah. Boleh makan banyak mana yang korang nak. Jimat dari makan kat luar. Nak hidangkan untuk bekal anak-anak ke sekolah pun boleh.
Tak di nafikan egg muffins, beef bacon muffins atau chicken ham muffins kat McD sedap-sedap belaka. Tapi mesti ada resepi mudah yang kita boleh hasilkan sendiri english muffin ala McD kat rumah kan. Try tengok resepi ni, nappai sebijik muffin McD weh!
Resepi homemade assorted english muffins ala McDonald’s ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fidah Mass. Dah boleh breakfast ala barat la korang lepas ni. Resepi pun dah ada, follow sebijik-sebijik mesti jadi punya la.
RESEPI ENGLISH MUFFIN ALA MCD
Dah fikir nak letak apa dalam muffin ni. Nak hidang ketiga-ketiga jenis muffin McD pun boleh. Jom kita tengok cara nak buat english muffin ni dulu. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cups tepung gandum
- 1 cup air hangat
- 1 tsp garam
- 1 tsp gula
- 3tbs minyak makan
- 1 tbs yeast
- Tepong semolina untuk (disalutkan adunan saja)
CARA PENYEDIAAN ENGLISH MUFFIN ALA MCD :
▶️ Campur bahan diatas untuk buat adunan roti.
▶️ Perap kan 1 jam.
▶️ Giling rata adunan 1.5cm.
▶️ Gunakan cetakan bulat agar cantik dan sama size.
▶️ Salutkan dengan tepung semolina.
▶️ Tutup dengan tuala selama 15 min untuk kembang.
▶️ Panaskan oven 220C.
▶️ Setelah itu, panaskan non-stick pan dan bakar selama 3 minit atas bawah.
▶️ Letak di baking tray dan bakar di oven selama 6 minit supaya dalamnya masak.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Tomyam Campur Homemade. Simple, Cepat Masak Dan Confirm Sedap!
Dah siap pun english muffin kita ni! Sebelum ni makan kat McD je, dah ada macam-macam isu ni elok la kalau kita buat sendiri kat rumah. Benda paling utama korang kena buat roti muffin ni je. Kat dalam roti nak letak telur je pun dah sedap!
Dah siap roti nanti boleh la pelbagaikan inti muffin ni. Boleh letak telur, beef and chicken ham. Korang suka yang mana? Jangan lupa letak cheese dan makan muffin ni dengan sos. Baru la sedap! Anak-anak pun suka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fidah Mass kerana sudi berkongsi resepi homemade assorted english muffins ala Mcd ni di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!