Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Style Negeri Sembilan. Yang Ni Baru Betul, Pure Tanpa Bawang!
Resepi ayam masak lemak cili api style Negeri Sembilan ni memang lain dari yang lain. Apa yang lainnya? Resepi ni di masak tanpa menggunakan bawang. Ada juga yang kata, kalau nak rasa masak lemak cili api yang paling sedap, korang kena masak dalam kuali dan bukanya dalam periuk.
Orang johor selalunya masak lemak cili api letak bawang. Belajar cara negeri sembilan, mesti korang terkejut tengok bahan-bahan memasak yang di sediakan. Tak guna bawang langsung tau! Menarikkan.
Bahan nak masak pun tak banyak ye. Korang cuma perlukan sediakan 7-8 bahan je macam tu. Yang banyaknya hanya cili api. Kalau nak rasa lagi sedap dan menyengat, korang letaklah cili api dalam 20-30 biji. Fuhh! Padu.
Ada je resepi masak cili api yang menggunakan bawang. Tapi, rasa tanpa bawang ni memang tak kurang sedapnya ye. Fisrt time try resepi ni terus terpikat dengan rasa sedap masak lemak cili api pure Negeri Sembilan.
So, korang yang nak cuba juga apa kata korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Norlailanazira Mohd Agos ni. Mudah, cepat dan sudah tentu sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat di buatnya!
RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API STYLE NEGERI SEMBILAN
So, tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam masak lemak cili api style orang negeri ni. Kalau dah lengkap semua bahan, bolehlah terus makan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam (di cuci bersih)
- 2 btg Serai (di ketuk)
- Santan
- Kentang
- Daun limau purut
- Asam keping
Bahan kisar :
- 20-30 biji Cili api
- Kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK LEMAK CILI API STYE NEGERI SEMBILAN :
▶️ Mula-mula, basuh bersih ayam.
▶️ Letak dalam kuali atau periuk.
▶️ Ketuk serai dan masukkan sekali dengan ayam.
▶️ Seterusnya, masukkan pula bahan kisar iaitu cili padi dan kunyit hidup tadi.
▶️ Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak.
▶️ Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar.
▶️ Kemudian, masukkan kentang.
▶️ Bila kentang dah empuk, masukkan pula daun limau purut dan asam keping. Jangan lupa perasakan dengan garam.
▶️ Ayam masak lemak cili api is done!
BACA JUGA : Resepi Cucur Jagung Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Makan Panas-Panas Dengan Sos Cili, Sedap Sangat!
Kalau tak banyak cili, bukan namanya masak lemak cili api Negeri Sembilan lah kan. Tips kalau nak lauk ni lagi sedap, korang wajib guna santan segar. Barulah rasa nya lebih sedap dari guna santan kotak.
Untuk pengetahuan Cik Puan Norlailanazira Mohd Agos ni sangat suka berkongsi resepi kek di Facebook. Beliau juga menerima tempahan kek yang di tulis dengan kata-kata di atas kek yang beliau buat tu. Kreatif kan.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ayam masak lemak cili api style Negeri Sembilan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!