Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Tomyam Campur Homemade. Simple, Cepat Masak Dan Confirm Sedap!
Jom masak tomyam campur. Makan malam-malam yang dingin macam ni sedap weh. Boleh panaskan badan. Nah, resepi tomyam campur homemade untuk korang yang tak reti nak masak. Buat pes sendiri je lagi sedap. Nak buatnya pun senang.
Malam-malam lepas hujan macam ni, hidangan berkuah seperti sup, tomyam antara hidangan pilihan ramai. Hirup kuah dia panas-panas sedap weh. Confirm terangkat dibuatnya! Pes tomyam ni tak susah nak buat pun. Jom kita try buat dan follow resepi ni.
Buat banyak-banyak pes tomyam ni dan simpan dalam peti. Bebila nak masak tinggal ambil je dalam peti dan masuk periuk. Kan senang tu. Kalau nak masak banyak-banyak, baik masak kat rumah je. Kos makan kat luar sekarang mahal tau!
Resepi tomyam campur homemade kan dah ada. Korang nak letak ayam saja pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Tak semua orang boleh makan seafood. Makan-makan tetiba pulak satu badan naik gatal. Muka pun jadi bengkak sebab alergik.
Resepi tomyam campur homemade ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik E Accaf Az. Orang lelaki yang pandai masak ni limited tau. Hasil masakan orang lelaki rata-rata memang sedap. Tak boleh di nafikan lagi.
RESEPI TOMYAM CAMPUR HOMEMADE
Tanpa membuang masa, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan tomyam campur homemade ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Lengkuas
- Serai
- Carrot
- Ayam, udang dan sotong
- Bunga kubis
- Bawang holland
- Daun limau purut
- Cili
- Garam
- Gula
- Sos ikan
- 1 sudu susu krimer
- Daun ketumbar
- Jus limau nipis
Bahan-bahan untuk pes tomyam :
- 4 ulas bwg merah
- 4 ulas bwg putih
- 1 sudu cili boh
- 1 batang serai (di hiris)
- 2 pek pes perencah tomyam adabi
- Sedikit udang kering
- secubit lada hitam
*Semua bahan di blend dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN TOMYAM CAMPUR HOMEMADE :
▶️ Tumis bahan blander sampai kemerahan.
▶️ Panaskan air dalam periuk sampai mendidih dan masukkan pes tomyam yang di tumis tadi.
▶️ Masukan lengkuas, serai dan carrot.
▶️ Kalau boleh masak kuah tomyam sedikit kering dan pekat. Barulah masuk isi ayam, udang dan sotong.
▶️ Masukan bunga kubis, bawang holland, daun limau purut dan cili. Kalau nak pedas masukan banyak, kalau tanak pedas masukan sikit.
▶️ Masukan pulak garam, gula, sos ikan, 1 sudu susu krimer, daun ketumbar dan jus limau nipis. Ikut citarasa masing-masing.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Koey Teow Goreng Sosej Yang Simple Dan Confirm Sedap. Mahu Menambah Dibuatnya!
Wow! Marvellous ye. Nampak betul-betul menyelerakan tomyam campur homemade kita ni. Korang mesti puas hati dengan hasilnya. Makan kat luar pun belum tentu boleh dapat yang sedap. Seafood yang digunakan mungkin tak fresh macam yang kita beli sendiri.
Confirm terangkat makan tomyam campur ni dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar! Sampai titisan kuah terakhir. Hirup kuah tomyam ni panas-panas memang nikmat ye. Lengkap rasa masam, manis, masin dan pedas. Rugi tak cuba!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik E Accaf Az kerana sudi berkongsi resepi tomyam campur homemade yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!