Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Masin Duri Masak Asam Yang Simple, Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

0 390

Wow! Hari ni ternampak satu resepi ikan masin duri masak asam. Fuh! Terus kecur liur dibuatnya. Rasa nak buat je untuk lauk makan tengahari atau malam nanti. Tak perlu nak banyak-banyak lauk lagi. Cukup makan lauk ikan masin ni dengan nasi putih dan telur dadar dah cukup.

Simple sangat cara masak lauk ni. Tak perlukan banyak bahan pun, korang hanya perlukan ikan masin duri, bawang, 3 jenis cili, air asam dan perasa. Campak-campak dah siap! Nak mudah, korang kena goreng ikan masin separuh masak terlebih dahulu sebelum dimasak asam.

Air asam dalam penyediaan lauk ni merupakan bahan yang digunakan untuk membuatkan lauk kita berkuah. Kalau korang rasa, ikan masin duri tu dah cukup masin, korang boleh abaikan penggunaan perasa. Balance kan dengan gula, supaya lauk ni tak terlalu masin ye.

Resepi ikan masin duri masak asam ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Muhamad Ismail Mohd Ali. Simple, mudah dan semestinya sedap. Korang yang suka makan ikan masin, wajib try resepi ni. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!

Masak asam ni boleh di pelbagaikan ye. Bukan takat guna ikan masin je, korang nak guna ayam, telur, ikan dan daging pun boleh. Kalau korang nak gantikan dengan lauk lain pun boleh. Tapi try dulu masak guna ikan masin duri ni. Tak rugi korang cuba tau.

 

RESEPI IKAN MASIN DURI MASAK ASAM

Sekali pandang dah nampak sedap sangat lauk ni. Ikan masin ni kalau di masak asam, rasa balance je rasanya. Tak terlalu masin. So, tanpa membuang masa apa kata korang tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Nak guna ikan masin jenis lain pun boleh.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan duri masin
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Cili hidup
  • Cili melaka
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

CARA PENYEDIAAN IKAN MASIN DURI MASAK ASAM :

▶️ Goreng ikan masinduri setengah masak dulu.

▶️ Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, cili hidup dan cili Melaka.

▶️ Masukkan air asam jawa sikit dulu. Kalau nak berkuah, boleh tambah lagi.

▶️ Perasakan dengan sedikit dan garam.

▶️ Akhir sekali, masukkan ikan masin yang di masak setengah masak tadi.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Kasturi Yang Mudah Dan Sedap. Rugi Tak Cuba Kuih Orang Dulu-Dulu Ni. Memang Sedap!

 

Makan kat kedai pun tak sesedap lauk ikan masin duri masak asam ni tau! Korang dah boleh hidang dengan nasi putih dan telur dadar. Fuh! Mantap. Lauk kampung lah katakan. Siapa je yang tak suka makan lauk kampung macam ni kan. Lagi-lagi korang penggemar ikan masin.

Kalau korang suka lauk yang berkuah, lebihkan je air asam tu. Boleh gaul kuah tu dengan nasi nanti. Takde lah makan kering-kering kan. Pastikan goreng separuh masak dulu ikan masin tu sebelum nak masak asam. Barulah dapat ikan masin yang garing nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Muhamad Ismail Mohd Ali kerana sudi berkongsi resepi ikan masin duri masak asam yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open