Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Malted Hazelnut Chocolate Cookies Untuk Kudapan Anak-Anak. Crunchy Dan Sedap Sangat Hasilnya!
Nak raya ni macam-macam kuih raya nak dibuat, termasuk cookies. Apa kata anda semua mencuba resepi malted hazelnut chocolate cookies ini untuk kudapan anak-anak sementara menunggu raya haji. Teksturnya yang crunchy sangat disukai ramai.
Pasti seronok anak-anak dapat kudapan manis seperti cookies ini. Raya haji tahun ni mungkin tak dapat lagi kita raikan bersama keluarga dikampung. Sambut ala kadar je dirumah bersama suami dan anak-anak.
Walaupun sederhana kita masih boleh meraikkannya dengan ‘malted hazelnut chocolate cookies’ ini. Anak-anak gembira, ibu ayah turut gembira. Cookies sejenis makanan ringan yang boleh dipelbagaikan rasanya seperti berperisa coklat, red velvet dan macam-macam lagi.
Antara cookies yang terkenal dan disukai ramai iaiah cookies jenama Famous Amos. Harganya juga agak mahal. Tak dapat nak beli selalu. Lebih berbaloi kalau kita mencuba pelbagai resepi cookies yang ada dan buat secara homemade.
Resepi malted hazelnut chocolate cookies ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Mr. Kesavan Supramaniam. Yang mana rasa cookies ini tidak kurang sedap dan mewahnya seakan cookies jenama Famous Amos.
RESEPI MALTED HAZELNUT CHOCOLATE COOKIES
Sangat mudah cara penyediaannya. Kosnya juga lebih murah dan berbaloi dibuat dengan kuantiti yang banyak. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan langkah penyediaanya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 170gm tepung gandum
- 30g horlicks
- 1 /2 tsp baking soda
- 1/2 tsp garam halus
*Ayak kesemua bahan diatas.
Bahan lain :
- 75gm kacang hazel (dipanggang)
- 175gm dark brown sugar/ mascavado sugar
- 50gm gula halus
- 115g unsalted butter
- 200gm nutella
- 1 biji telur saiz sederhana
- 1 tspn esen vanilla
- 115gm choc chips semi sweet/ less sweet
CARA PENYEDIAAN MALTED HAZELNUT CHOCOLATE COOKIES :
▶️ Tumbuk kasar kacang yang dah dipanggang tadi.
▶️ Dalam bekas lain, masukkan dark brown sugar, gula halus dan unsalted butter. Boleh kurangkan gula kalau tak suka manis. Resipi asal guna mascavado sugar, gula merah timbang pun boleh guna.
▶️ Pukul sebati. Tak payah kembang sangat. Sudah sebati. Sediakan nutella 200gm dan campurkan nutella dalam adunan. Biarkan sebati semua bahan.
▶️ Sediakan 1 biji telur saiz sederhana dan 1 tspn esen vanilla. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sebati.
▶️ Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Sambil gaul adunan.
▶️ Masukkan kacang dan choc chips ke dalam adunan. Kacau ala kadar je.
▶️ Sudukan ke atas dulang pembakar yang dilapik kertas minyak. Ikut saiz sebesar guli. Nanti biskut akan mengembang bila dibakar.
▶️ Panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 180C. Kurangkan suhu ke 150C semasa membakar biskut. Bakar lebih kurang 10-15 minit.
▶️ Sejukkan sekejap untuk mendapatkan biskut yg rangup dan simpan dalam balang kedap udara. Siap!
BACA JUGA: Resepi Asam Pedas Ikan Mayong Yang Super Sedap. Pekat Dan Merah Menawan Kuahnya!
Siap untuk dihidang! Saiz cookies terpulang pada anda. Lebih sesuai saiz sebelum dimasak adalah sebesar guli. Sebab cookies akan mengembang semasa dibakar. Untuk dijadikan kudapan anak-anak saiz ini sudah memadai.
Cookies yang baru saja dikeluarkan dari oven akan lebih lembut sedikit. Sejukkan sebebntar dengan suhu bilik sahaja. Cookies akan mengeras dan crunchy. Barulah boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Semakin ramai peniaga kecil yang membuat jualan cookies, tidak kira secara online dan offline semuanya laku keras. Lepas ni anda boleh juga mencuba resepi malted hazelnut chocolate cookies ini tanpa membelinya diluar. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!