Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim. Makan Sejuk-Sejuk Sedap Sangat!

0 950

Roti yang nak expired atau dah expired tapi still tak keluar kulat lagi, korang boleh buat puding tau! Jangan buang pulak, bazir je nanti. Korang follow je resepi puding roti sos kastard yang dah viral 34k ni. Confirm nak lagi. Anak-anak pun mesti suka.

Biasanya puding roti ni lebih sedap di makan sejuk-sejuk. Cara penyediaanya juga sangatlah mudah. Cara penyediaannya tidak memerlukan bahan yang banyak. Cuma memerlukan 5-6 bahan sahaja.

Puding roti sangat sedap di matchkan dengan sos kastard. Boleh juga digantikan dengan sos lain seperti sos vanilla ataupun sos karamel. Tapi sos kastard antara sos yang menjadi kesukaan ramai.

Puding roti juga sesuai dijadikan pemanis mulut untuk majlis-majlis di rumah. Contohnya majlis aqiqah, majlis rumah terbuka hari raya ataupun majilis berbuka puasa.

Resepi puding roti sos kastard yang dah viral 34k share ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Shafira di Facebook. Sangat simple dan mudah untuk di cuba! Hasilnya juga confirm buat korang nak lagi.

 

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD LEMAK BERKRIM

Puding roti boleh di masak dengan 2 cara iaitu bakar dan kukus. Tapi, untuk resepi puding yang dikongsikan hari ini, kita akan kukus roti sebelum di curah dengan kuah kastard. Jom lihat bahan-bahan di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk puding roti :
  • 10 keping roti gardenia (potong empat segi )
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1sk esen vanila
  • 5sb gula
  • Buah campur kering rendam air pnas kejap (optional)

 

Bahan untuk sos kastard :
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cwn air
  • 2sb tepung kastard
  • 4 1/2sb gula

CARA PENYEDIAAN PUDING ROTI SOS KASTARD : 
Cara penyediaan puding roti :

▶️ Blend semua bahan kecuali roti.

▶️ Sapu butter setiap keping roti dan loyang.

▶️ Susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan-tekan roti bagi semua meresap.

▶️ Taburkan buah-buah kering tadi.

▶️ Dan kukus dalam 30 minit.

Cara penyediaan sos kastard :

▶️ Campur tepung kastard dalam air, kacau rata.

▶️ Kemudian, campur semua bahan dan masak atas api perlahan. Kacau ye sampai agak sedikit pekat. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Masakan Kampung Tempoyak Daun Kayu. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas, Berpinggan-Pinggan Habis Dibuatnya!

 

Mudah je kan! Dah siap nanti, bolehlah curahkan sos kastard diatas puding roti. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Puding roti kukus dan bakar berbeza sedikit dari segi teksturnya. Puding kukus lebih lembut berbanding bakar. Tapi, kedua-duanya juga mempunyai keenakannya yang tersendiri.

So, lepas ni kalau ada roti gardenia yang korang beli dan tak habis. Elok la habiskan dengan cara buat puding roti sos kastard macam ni. Dapat jugalah bertukar selera dari makan dengan jem dan coklat kepada puding roti sos kastard kan.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Nurul Shafira kerana sudi berkongsi resepi puding roti sos kastard yang lemak berkrim ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open