Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resipi Biskut Bangkit Cheese Yang Cair Di Mulut. Mudah Dan Pastinya Sedap!

0 2,095

Resepi biskut bangkit cheese merupaka salah satu resepi kuih bangkit yang telah dipelbagaikan. Ianya juga merupakan antara resepi yang sering menjadi pilihan untuk hidangan hari raya.

Jika dahulu biskut bangkit hanya mempunyai satu resepi sahaja iaitu bangkit kelapa. Tetapi dengan mengikut peredearan zaman, resepi kuih bangkit telah dipelbagaikan termasuklah menggunakan cheese.

Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah. Rasanya yang manis menarik minat kanak-kanak. Bila tibanya hari raya, biskut ini juga akan laku keras bila dijual dikedai mahupun dipasaraya.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi resepi biskut bangkit cheese yang mampu cair di mulut ini. Semoga resepi ini bermanfaat buat penggemar biskut bangkit dan peniaga biskut raya.

Tak lama lagi hari raya aidilfitri akan tiba. Mesti ramai yang tercari-cari resepi biskut raya. Kepada yang gemar dengan biskut cheese ataupun biskut bangkit bolehlah mencuba resepi ini.

 

RESEPI BISKUT BANGKIT CHEESE

Kepada yang nak mencuba resepi ini untuk dijadikan kuih hari raya tahun ini. Bolehlah follow sebijik-sebijik cara dan langkah yang dikongsikan dibawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 cawan tepungubi (sangai sehingga tepung menjadi ringan)
  • 3 cawan tepung jagung
  • 1 ketul Buttercup
  • 250g krim keju Tatura
  • 1 cawan gula halus (boleh diubah)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil baking powder & 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 ketul keju Cheddar

*Tepung perlu diayak terlebih dahulu.

CARA PENYEDIAAN BISKUT BANGKIT CHEESE :

▶️ Putar mentega dan gula sehingga kembang.

▶️ Masukkan krim keju, esen vanilla dankuning telur. Adun sebati.

▶️ Masukkan tepung sikit demi sedikit dan putar seketika.

▶️ Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.

▶️ Parutkn keju Cheddar dan gaul sebati (tambah tepung ubi kayu jika perlu)

▶️ Rehatkan doh beberapa minit kemudian tekap acuan.

▶️ Panaskn oven bakar pada suhu 170C selama 30minit (ikut oven masing-masing)

▶️ Bakar sehingga kekuningan.

 

BACA JUGA: Resepi Kari Kambing Mamak Style Tanpa Santan Pekat Melikat. Confirm Anda Terpikat!

 

Siap! Mudahnya buat biskut bangkit cheese ni kan. Buat biskut raya kat rumah masing-masing mesti lebih seronok. Dapat pula berkumpul dengan adik beradik. Mesti moment buat biskut raya ni lah paling dirindui satu hari nanti.

Walaupun kita tak dapat beraya seperti biasa tahun ini, kita tetap kena raikkannya dirumah masing-masing. Kerana ianya adalah tanda kemenangan umat islam yang berpuasa dengan sempurna dibulan ramadhan.

Rasanya tahun ni masing-masing dah boleh buat bistkut bangkit homemade lah kan. Harap-harap resepi biskut bangkit cheese ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open