Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Telur Gulung Sosej Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Anak-Anak Suka!
Resepi telur gulung sosej merupakan hidangan yang paling mudah dibuat. Ianya sesuai dijadikan menu sarapan pagi anak-anak. Selain menggunakan sosej dan telur, hidangan ini boleh disedapkan lagi dengan bahan tamabah seperti lobak, daun bawang dan macam-macam lagi.
Kebiasaanya sosej dan juga telur akan di masak berasingan untuk menu anak-anak. Tetapi untuk resepi kali ini, telur akan dimasak sekali bersama sosej. Yang mana sosej akan di gulung sepenuhnya dengan telur.
Resepi ini juga boleh dijadikan idea untuk berniaga. Mesti ianya laku keras. Hidangan seperti ini sesuai di jual dipasar malam dan juga ditempat percutian seperti tepi pantai. Biasalah anak-anak kalau da jumpa pantai laju je lapar.
Idea resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Hasni Usman. Resepi telur dengan sosej ini ada pelbagai jenis. Dan masing-masing mempunyai keenakan yang tersendiri.
Resepi ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Jika kudapan ini dihidangkan buat anak-anak yang tidak tahan pada rasa pedas, anda boleh saja untuk tidak menggunakan cili.
RESEPI TELUR GULUNG SOSEJ
Kepada ibu-ibu yang rasa ingin mencuba resepi ini buat kudapan anak-anak. Bolehlah ikuti cara penyediaannya seperti dibawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 Biji Telur
- Lobak (dihiris halus)
- Daun Bawang atau Daun Sup (dihiris halus)
- Lada Merah (dicincang halus)
- Bawang Merah (dicincang halus)
- Butter untuk menggoreng
- 2 Buah Sosej Berkeju (digoreng)
- Bahan perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN TELUR GULUNG SOSEJ :
▶️ Panaskan kuali untuk mencairkan butter. Guna api yang sederhana. Goreng sosej, angkat dan ketepikan dahulu.
▶️ Satukan telur yang telah dipecahkan ke dalam mangkuk. Masukkan semua bahan yang telah dicincang/dihiris halus tadi. Tambahkan serbuk perasa dan gaul sebati.
▶️ Panaskan semula kuali, guna kuali bekas menggoreng sosej tadi. Goncangkan telur sebelum di tuang ke atas kuali.
▶️ Goreng telur seperti telur dadar dan masukkan sosej. Gulungkan telur dadar sehingga sosej terbungkus sempurna.
▶️ Goreng hingga kekuningan. Angkat telur dadar yang telah siap digulung, sejukkan seketika sebelum di potong.
BACA JUGA: Resipi Biskut Bangkit Cheese Yang Cair Di Mulut. Mudah Dan Pastinya Sedap!
Siap untuk di hidang ! Boleh dimakan bersama sos cili atau mayonis. Makan dengan nasi putih atau nasi goreng pun sedap. Anak-anak biasanya lebih gemar dengan hidangan ringkas seperti ini.
Lepas ni ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tak sempat untuk membuat hidangan yang istimewa buat anak-anak bolehlah cuba resepi ini. Semestinya mudah, cepat dan pastinya enak.
Semoga resepi telur gulung sosej ini bermanfaat buat kita semua. Tak kira pada yang ingin menjadikan hidangan dirumah mahupun untuk resepi baru berniaga. Selamat mencuba!