Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Kerabu Pucuk Paku Kerang. Ratah Macam Tu Je Pun Dah Sedap!

0 2,332

Ada tak penggemar kerabu pucuk paku kat sini? Ha, kali ni apa kata kita cuba resepi kerabu pucuk paku kerang yang mudah dan sedap ni. Makan ratah macam tu je pun dah sedap wei. Rugi sangat kalau tak cuba sebab resepi ni mudah je nak buat.

Kerabu ni antara hidangan yang ramai penggemarnya. Yang mana biasanya kerabu ni akan di jadikan sebagai pembuka selera dan mempunyai banyak khasiatnya. Selain daripada kerabu mangga, kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku kerabu juga antara yang paling sedap.

Kerabu biasanya dibuat tanpa masak. Kecuali, mencelur beberapa bahan seperti sayur-sayuran. Semua bahan hanya perlu di gaul sebati dan di perasakan dengan perahan limau, belacan, cili, garam dan gula.

Macam mana nak buat kerabu yang sedap? Korang follow je resepi simple perkongsian dari Cik Puan Noor Baini Bakar ni. Boleh kecur liur dibuatnya. Lagi pedas, lagi sedap ye. Korang boleh adjust tahap pedas kerabu tu ikut citarasa masing-masing.

Untuk resepi kerabu kali ini, pucuk paku, taugeh dan isi kerang antara bahan utamanya. Make sure korang beli kerang yang fresh. Barulah rasa syok nak makan nanti. Kerabu ni pun tahan lama ye, dan tak mudah nak basi.

 

RESEPI KERABU PUCUK PAKU KERANG

Resepi pun dah ada kat bawah ni. Mesti semua dah tak sabar nak cuba kat rumah kan. Boleh makan dengan ikan goreng dengan nasi putih panas-panas nanti. Confirm bertambah nasi dibuatnya!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250gm taugeh
  • 500gm isi kerang
  • Pucuk paku (dicelur)
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi – boleh tambahkan @kurangkan (ditumbuk)
  • 2 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2sb kerisik

CARA PENYEDIAAN KERABU PUCUK PAKU KERANG :

▶️ Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan tumbuk dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.

▶️ Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.

▶️ Siap dan bolehlah dihidangkan.

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim. Makan Sejuk-Sejuk Sedap Sangat!

 

Mudah sangat ye nak buat kerabu pucuk paku kerang ni. Boleh makan macam tu je kalau korang suka. Sayur dan kerang pun banyak khasiatnya. Kerang ni boleh mengurangkna masalah jantung. Itu adalah salah satu manfaatnya.

Banyak lagi respei yang Cik Puan Noor Baini Bakar kongsikan di wall Facebooknya. Semuanya namsak menarik. Sebagai contoh resepi kuih muih iaitu kuih bingka atau bengkang pandan. Nampak sedap ye. Next time kita boleh cuba resepi tu pula.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kerabu pucuk paku kerang ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open