Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk Yang Awesome! Cara Yang Mudah Rasa Yang Padu!
Sebelum ni, bila tekak terasa nak makan benda pedas, mesti akan ke kedai 3 Budak Gemuk. Sebab ayam yang sedap, manis dengan pedas sambal gesek yang ada. Serious sedap.
Tapi jarak nak ke kedai tu tak dekat sangat. Dengan keadaan sekarang ni tak boleh nak rentas daerah. Jadi kita cuba cari resepi untuk kita buat sendiri je.
Mujur juga jumpa resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Norhafizan ni. Bila tengok bahan-bahannya, dan cara nak buat dia. Saya rasa semua orang boleh buat dah lepas follow je resepi ni.
Jom saya kongsikan cara -cara nak bahan yang digunakan untuk buat ayam masak kicap resepi 3 budak gemuk.
RESEPI AYAM KICAP 3 BUDAK GEMUK
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Ayam
- Kunyit
- Garam
- 1 biji Bawang besar
- 3 ulas Bawang putih
- 4 – 5 Cili api
- 1 tangkai Daun kari
- ½ inci Halia (jika ada)
- 3 sudu sos tiram
- Kicap manis
CARA PENYEDIAAN AYAM KICAP 3 BUDAK GEMUK :
▶ Ayam potong kecik-kecik. Gaulkan dengan garam dan kunyit.
▶ Kemudian goreng dulu sehingga masak dan sedikit garing
▶ Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api, daun kari dan halia. Jika tak nak tumbuk boleh je gunakan blender. Tumbuk atau kisar kasar sahaja.
▶ Gunakan minyak goreng ayam tadi. Keluarkan jika minyak terlalu banyak. Tumis bahan tumbuk adi sehingga garing.
▶ Seterusnya, masukkan sos tiram dan gaul rata. Biarkan seketika.
▶ Masukkan kicap manis. Kicap ni agak – agak je. Boleh guna kicap brand apa tak kisah janji yang manis. Jangan sikit sangat.. Tumis sekata dengan bawang
▶ Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata dengan kicap kita.
▶ Jangan letak garam dah tau sebab sos tiram dah masin. Gaul sampai sebati.. Sampai agak kering sedikit.. Tak perlu letak air sebab kuah kicap 3 budak gemuk ni memang kering masakannya.
▶ Bila dah sebati, bolehlah padamkan api. Siap..
BACA JUGA: Resepi Daging Masak Kunyit Kegemaran Suami. Tip Lembutkan Daging Dengan Mudah!
Boleh makan dengan nasi panas dan telor dadar. Nak tambah kepedasan sila makan dengan sambal gesek. Jom saya kongsikan resepi sambal gesek dari Kak Su Kitchen. Simple je!
RESEPI SAMBAL GESEK
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
Bahan tumbuk :
- 10 biji cili api thai (hijau)
- 10 biji cili api thai (merah)
- 10 biji cili api kampung
- 1 biji bawang holland (saiz kecil/sederhana)
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh belacan
Bahan lain :
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh gula
CARA PENYEDIAAN SAMBAL GESEK :
▶ Tumbuk bahan-bahan ditumbuk separuh hancur. Tumbuk kasar sahaja.
▶Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.
▶Bila minyak dah panas, masukkan bahan tumbuk. Masak sekejap sehingga semua cili kita sedikit layu.
▶Kemudian, perasakan dengan sedikit garam dan gula.
** ada yang tidak masak sambal gesek ni, terus makan selepas tumbuk, gaulkan dengan gula dan garam. Tapi, sebaiknya dimasak dulu untuk elakkan sakit perut ye.
Lepas ni kalau nak makan 3 budak gemuk tak perlu ke kedai dah bila kita dah pandai buat sendiri. Seronok masak banyak-banyak hidangkan makan bersama keluarga.
Jika ada anak-anak, boleh kurangkan cili padi dalam masakan ayam tadi. Supaya mereka juga boleh makan bersama. Sudah pasti mereka akan suka dan akan menambah nasi.
Nak makan ayam 3 budak gemuk ni, makan dengan nasi panas-panas tau. Bila makan dengan ayam dan ada sambal pedas, memang power!
Kepada yang baru nak cuba buat masakan 3 budak gemuk ni, saya ucapkan selamat mencuba!