Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Resepi Telur Yang Simple Tapi Sedap. Masakan Orang Bujang Paling Cepat Siap!

0 76,800

Telur memang tak boleh dipisahkan dengan orang bujang. Ye lah, lauk paling selamat. Tapi, tak dinafikan yang tak bujang pun ramai yang suka kan lauk telur ni.

Ada beberapa resepi telur yang boleh kita buat. Boleh lah buat selang seli untuk pelbagaikan menu masakan.

Menu telur ni biasanya boleh jadi salah satu cara nak tarik perhatian anak-anak yang susah nak makan nasi. Hidangkan lauk telur ni, confirm diorang suka.

 

SAMBAL TUMIS TELUR

Kalau buat sambal tumis telur, make sure makan dengan nasi panas tau. Baru padu rasa dia bila nasi digaul dengan sambal tu.

Nak buat sambal tumis telur ni serious senang je. Bak kata orang, campak campak je siap. Haa jom kita tengok resepinya.

RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan bahan yang digunakan adalah :

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3 atau 4 sudu besar cili kisar
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Telur – rebus, kupas & goreng

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL TUMIS TELUR :

▶ Mula-mula, kisar bawang putih dan bawang merah. Kemudian, panaskan minyak.

▶  Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga garing dan wangi atau bertukar kuning keemasan.

▶  Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masak sehingga pecah minyak.

▶ Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

▶ Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris sebagai hiasan. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng mula-mula tadi. Sesuaikan rasa dan kepekatan

▶ Angkat dan hidangkan panas- panas dengan nasi lemak atau nasi putih.

Kredit Resepi : Azie Kitchen

 

SUP TELUR

Bagi yang gemarkan sup, boleh lah sesekali cuba tukarkan sup ayam kepada sup telur pula. Rasanya sangat sedap, ditambah pula kita masukkan bersam ubi kentang.

Nak lagi mengancam, telur tu jangan bagi masak sepenuhnya. Dapat yang cair-cair telur kuningnya memang padu!

RESEPI SUP TELUR

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Telur
  • Isi dada ayam
  • Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)
  • Bawang putih (mayang)
  • Bawang Merah (mayang)
  • Halia (bahan penting)
  • Cili (hiris nipis)
  • Limau kasturi
  • Garam
  • Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
  • Air

 

CARA PENYEDIAAN SUP TELUR :

▶ Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.

▶ Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.

▶ Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau kasturi. Biarkan mendidih.

▶ Masukkan sayur. Pastikan masuk sayur keras dulu sebelum masukkan sayur mudah lembut

▶ Kemudian, kecilkan api dan masukkan telur satu persatu. Biarkan masak seketika. Rasa dulu sup nya. Jika dah okay, boleh tutup api.

▶ Siap dan sedia dihidang! Selamat mencuba.

 

TELUR BUNGKUS

Kalau ke kedai makan, saya suka order telung bungkus. Sedap tak terkata rasa dia. Makan dengan nasi putih je pun dah okay.

Dalam telur bungkus ni, lengkap bahan-bahan dengan segala jenis sayuran dan isi ayam. Bila dimasak dan dibungkus tu memang buat rasa tak sabar je nak menjamu selera.

RESEPI TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 keping isi ayam (dipotong kecil2)
  • ½ biji bawang holland (dicincang halus)
  • 1 biji tomato (dibuang biji dan didadu kecil)
  • ½ batang daun saderi (didadu kecil)
  • ½ peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
  • secubit garam jika perlu
  • Minyak untuk menumis
  • 2 biji telur ayam

Kredit Resepi : Noor Hafidzah Adam

 

CARA PENYEDIAAN TELUR BUNGKUS :

▶ Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu

▶ Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak

▶ Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata

▶ Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kemudian kacau lagi.

▶ Taburkan secubit garam jika perlu.

▶ Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.

▶ Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali

▶ Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.

▶ Letak kan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut

▶ Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan ke dalam pinggan.

 

TELUR MASAK KICAP

Menu favorite  satu keluarga ni! Biasanya kalau buat telur masak kicap ni, saya tak letak apa-apa sayur pun. Tapi dalam resepi ini saya kongsikan yang masukkan sayur lain jga supaya rasa makan sayur dan telur sekali.

Kalau anak-anak tak nak makan nasi, buatkan telur kicap ni, masukkan sedikit kicap. Minyak goreng telur tu dicampur dengan kicap tu yang paling sedap!

RESEPI TELUR MASAK KICAP
Bahan-bahan yang digunakan adalah  : (hidangan sesuai untuk 4 biji orang)

  • 2 ulas bwg putih
  • 2 hiris nipis halia
  • ½ biji bwg besar
  • sedikit lada hitam
  • 2 sudu cili blender
  • sedikit lada sulah
  • sedikit sahaja sos cili
  • kicap
  • cili padi diketuk (ikut suka nak banyak mana)
  • hirisan bawang besar (1 biji )
  • garam & gula

Kredit Resepi: Kak Lina

 

CARA PENYEDIAAN TELUR MASAK KICAP :

▶ Bahan-bahan yg bertanda *** di tumbuk rencah2 shj..nak lumat pun boleh…tiada masalah..

▶ Selepas itu bolehlah tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

▶ Kemudian, masukkan cili kisar, sos cili, kicap (kicap ni terpulang nak guna kicap apa pun.. asalkan kicap kaler hita, eh…hahahaha) Masukkan sedikit lada sulah.

▶ Masukkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan. Ini kerana kita nak biarkan kuah menggelegak masak…

▶ Masukkan cili padi,  hirisan bawang merah. Time ni kena pandai-pandai rasa… nak ada rasa masin, manis, pedas dari cilipadi dan rasa lada sulah… Lada sulah juga dapat mewangikan kuah kicap.

▶ Last sekali masukkan telur yang d goreng asing… Tabur hirisan daun bawang serta bawang goreng. Sedia dihidang!

 

TELUR GULUNG (EGG ROLL)

Nak feeling makan macam orang jepun, boleh lah cuba buat egg roll ni. Bagusnya egg roll ni, kita boleh decorate dia untuk lengkapkan nutrisi.

Kita sendiri boleh masukkan apa jua yang kita nak masukkan, lobak merah, tomato, isi ayam semuanya boleh.

RESEPI TELUR GULUNG (EGG ROLL)

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4 biji telur
  • ½ batang lobak merah
  • 2 helai daun bawang
  • Garam dan serbuk perasa (terpulang pada citarasa anda)

 

CARA MEMBUAT TELUR GULUNG / EGG ROLL :

▶ Pecahkan telur ke dalam mangkuk

▶ Kacau telur hingga kuning telur sebati dengan putih telur

▶ Cincang lobak merah dan daun bawang hingga lumat (terpulang pada citarasa nak lumat macam mana)

▶ Masukkan lobak dan daun bawang yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur

▶ Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa

▶ Kacau sebati semua bahan

▶ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali non-stick

▶ Bila minyak sudah panas, masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali

▶ Biarkan hingga bahagian bawah telur masak

▶ Hendaklah menggunakan api yang kecil sahaja

▶ Setelah bahagian bawah telur masak, gulung sedikit bahagian tepi untuk tapak gulungan

▶ Teruskan menggulung telur sehingga selesai

▶ Pastikan bahagian atas telur belum kering supaya dapat melekatkan gulungan telur

▶ Biarkan telur yang telah siap digulung di dalam kuali kira-kira seminit supaya bahagian dalam telur masak

▶ Potong mengikut lebar satu jari ibu

▶ Dah pun siap telur gulung (egg roll). Sedapnya makan egg roll dengan pencicah! Tak payah makan nasi pun tak apa.

Kredit Resepi : Blog aznanie

 

KURMA TELUR

Kalau dah takt ahu nak buat menu apa dengan telur, apa kata cuba buat lauk kurma telur. Sedpa juga dapat makan lauk kurma ni. Rasa lemak-lemak santan dimakan dengan nasi. Telur kuning dihancurkan dalam setiap suapan.

Jika yang baru nak cuba, boleh lah buat untuk tambat hati suami. Boleh pelbagaikan lauk untuk dihidangkan. Confirm dia suka!

RESEPI KURMA TELUR

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 10 biji telur (rebus)
  • 2 peket kecil rempah kurma
  • 5 ulas bawamg putih (hiris)
  • 1 biji bawang merah besar (hiris besar)
  • 1 inci halia
  • 2 biji tomato (optional)
  • 1 batang lobak merah
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Air asam sikit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN KURMA TELUR :

▶ Panaskan minyak. Kemudian, tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau wangi atau warna bertukar kepada kuning keemasan .

▶ Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air. Tumis sehingga pecah minyak ..

▶ Masukkan air asam, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.

▶ Masukkan ubi kentang, lobak merah. Masak sehingga empuk.

▶ Bila dah empuk, masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa ..

▶ Akhir sekali, adjust kuah kita nak pekat atau tidak. Jika terlampau pekat, masukkan sedikit air.

BACA JUGA: Aneka Koleksi Kurma Yang Marvelous Dan Sedap Berlemak. Resepi Simple Tambat Hati Mertua

SAMBAL TELUR MATA SIMPLE

Makan nasi lemak kalau tidak dengan sambal bilis, pasti dengan sambal telur mata. Sedap kan dapat makan sambal telur mata yang simple dan sedap ni.

Jika terlamapu pedas dan tak sesuai dengan anak-anak, boleh tukarkan cili yang digunakan kepada sos tomato agar anak tidak sakit perut bila memakannya.

RESEPI SAMBAL TELUR MATA SIMPLE

Bahan – bahan yang digunakan adalah

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • sejemput ikan bilis
  • 15@20 tangkai cili kering
  • bawang Holland (dicincang)
  • daun bawang dan daun sup
  • telur 5 biji (ikut kesesuaian)
  • sos cili
  • Garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL TELUR MATA :

▶  Pertama sekali, goreng telur dan ketepikan

▶ Blend bawang kecik, bawang putih, ikan bilis dan cili kering

▶ Tumis bawang Holland, dah garing masukkan bahan blend tadi.

▶ Kacau rata, masukkan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit lagi air.

▶ Dah cantik dan masak, masukkan 1 ½ sudu sos cili dan sedikit air. Gaul rata.

▶ Masukkan garam secukup rasa. Dan masukkan telur. Air sedikit lagi untuk kuah.

▶ Keringkan sedikit dan gaul rata. Hati² supaya telur tak hancur.

▶ Dah boleh hidang dengan nasi panas² tauu.. 😍 😍

Kredit resepi : Port Resepi

 

RENDANG TELUR RINGKAS

Bila tekak teringin nak makan rendang telur, senang je boleh terus buat. Rendang telur memang jarang orang buatkan melainkan di kampung-kampung.

Tapi rasa dia yang sedap, boleh buat anda yang first time nak cuba, mesti akan suka!Bau wangi daun kunyit pun menjadi salah satu sebab rendang telur ni jadi sedap.

RESEPI RENDANG TELUR :

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Telur anggaran 30 biji rebus ( Digoreng, tapi tak goreng pun boleh).
  • Serai 5 batang
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • 11 biji bawang merah.
  • Cili kering / cili api ikut suka banyak mne.
  • 2 sudu makan rempah kari daging babas.( rempah rendang jenama ape ikutlah.)
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis.
  • 2 sudu makan kerisik.
  • ½ caw santan kotak. ( memang guna santan tak bnyk, boleh tambah jika suka lebih lemak )
  • 2 helai daun kunyit.
  • Asam keping, gula dan garam secukup rasa.

 

CARA PENYEDIAAN RENDANG TELUR :

▶ Mula-mula kisar bawang, halia, lengkuas serai dan cili kisar. Kisar sampai hancur

▶ Tumis bahan kisar sehingga naik bau atau warna bertukar kuning keemasan.

▶ Kemudian, masukkan rempah kari, rempah rendang dan juga serbuk jintan manis.

▶ Masak seketika, masukkan santan, asam keping, gula dan garam. Masak seketika.

▶ Seterusnya, masukkan sedikit air dan kerisik.

▶ Bila dah mendidih, perlahankan api. Masukkan telur rebus kita tadi.

▶ Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris sebagai hiasan.

Kredit Resepi : Siti Anah Sale

 

Haaa dah Nampak nak buat menu apa yang pertama? Dalam 8 resepi telur yang saya kongsikan ni, yang mana Nampak lebih mudah dan sedap. Saya rasa semua resepi yang dikongsikan ni senang-sennag semunya.

Jadi, bila nak buat tu, boleh lah rujuk balik resepi – resepi yang saya kongsikan ni. Untuk lebih mudah, share dulu resepi ini di wall facebook anda ye.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open