Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Resepi Kuey Teow Santapan Malam Yang Marvelous! Masak Sendiri Pun Dah Sedap Macam Kedai

0 10,235

Kalau nak kurangkan makan nasi pada waktu malam, eloklah tukarkan kepada kuey teow ni sebagai hidangan. Selain mengenyangkan, ia juga makanan yang sedap dan tidak terlalu berat seperti nasi.

Kuey teow ni ada pelbagai jenis yang boleh kita buat. Sekarang ni tak perlu order di kedai dah. Sebab masak sendiri pun dah boleh dapat rasa sedap macam kedai.

Saya kongsikan beberapa resepi kuey teow yang boleh kita buat untuk hidangan seisi keluarga. Jom!

 

KUEY TEOW KUNGFU

Kalau ke kedai, ni antara favourite yang saya akan order. Tapi, nak makan kuey teow Kungfu ni agak berisiko sikit lah.

Ada masanya tak menepati citarasa tekak kita. Tak rangup lah, kuey teow tak basuh jadi ada bau lah, Kuah terlalu pekat lah, terlalu cair lah. Kan senang, dah tahu resepi, buat sendiri buat ikut tekak kita. Sedap pun sedap!

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

Resepi untuk 1 orang makan – (kalau dalam keluarga tu ada 6 orang agak-agak la ye)

 

Bahan-bahan kuey teow :

  • kuey teow untuk seorang makan
  • 2 biji telur (kalau taruk 1 biji mcm kurang garing nanti )

 

Bahan-bahan untuk kuah :

  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 @ 2 biji cili api diketuk
  • air secukupnya
  • 1-2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air ye) kene agak-agak kepekatan kuah ye.. tak cair sangat dan tak terlalu pekat)
  • ½ kiub pati ayam
  • sayur kailan
  • lobak
  • jagung muda dibelah 4
  • cendawan butang di potong
  • kobis dipotong
  • isi ayam dipotong dadu
  • sotong dipotong bulat
  • udang dibuang bahagian mulutnya
  • lada sulah
  • garam
  • ajinomoto bagi siapa yang nak taruk sebagai penyedap rasa (saya tak taruk)

 

CARA PENYEDIAAN KUAH KUEY TEOW KUNGFU :

▶ Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu minyak masak.. Masukkan bawang putih yang  diketuk sahaja… goreng sehingga naik bau..

▶ Kemudian masukkan air (anggaran untuk sorang makan tapi kalau nak buat satu family pandai-pandai lah gandakan apa yang perlu ye)

▶ Masukkan isi ayam, kemudian sotong dan udang.

▶ Masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kepekatan kuah ni seperti yang saya bagitau tak pekat tak cair sangat.

▶ Kemudian masukkan sayuran yang dipotong dan lada sulah. Dan taruk garam dan perasa..

▶ Perhatikan keadaan kuahnya ye.. Kalau cair tambah sikit lagi bancuhan tepung jagung dan air

 

CARA PENYEDIAAN KUEY TEOW:

▶ Panaskan minyak dalam kuali macam nak goreng telur mata tu banyak nya

▶ Kacau 2 biji telur menggunakan garfu dan masukkan kuey teow dalam telur tersebut..

▶ Biar bercampur goreng campuran kuey teow dengan telur.. Goreng masak atau garing (saya suka garing) bila makan kruk krak kruk krak.. angkat dan toskan minyak.. ketepikan

▶ Masukkan dlm pinggan kuey teow.. curah kuahnya atas kuey teow yang kita goreng tadi.. dan tabur lada merah dan limau serta daun sup

▶ Sedap juga dimakan dengan cili potong. Sedia untuk dihidangkan!

 

KUEY TEOW GORENG BASAH

Fuuhh! Sedapnya kalau dapat makan kuey teow panas-panas. Tambah pulak dapat gigit taugeh rangup. Kuey teow goreng basah ni tak sama dengan char kue teow tau. Cara nak masak pun tak sama.

Kepada yang nak belajar cara buat kue teow basah ni, jom saya sharekan perkongsian daripada Cik Puan Diey dan Raffie Yusuff macam mana cara nak masak yang simple dan sedap.

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

 

Bahan tumis :

  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili
  • 2 sudu cili bih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Udang dan kerang
  • Air secukupnya
  • 1 biji telur
  • 1 bungkus kuey teow
  • Segenggam taugeh
  • Sedikit kucai

 

CARA PENYEDIAAN KUEY TEOW GORENG BASAH :

▶ Muka-mula panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan juga cili. Tumis sehingga naik bau atau bertukar warna kuning keemasan.

▶ Kemudian masukkan cili boh. Masak sehingga pecah minyak dan agak garing.

▶ Seterusnya, masukkan soso tiram, sos cili dan juga kicap manis.

▶ Masak seketika, sehingga rencah sekata.

▶ Masukkan udang dan kerrang. Jika ada sotong, ayam atau daging boleh juga masukkan.

▶ Masukkan 2 cawan air.  Jangan terlalu banyak sebab nanti terlalu berkuah pula.

▶ Pukul telur dengan garfu dan masukkan dalam kuali.

▶ Bila bahan dan sekata dan rata, masukkan kuey teow. Saya suka jika dibasuh dulu dan toskan sekejap.

▶ Sebelum tutup api, masukkan taugeh dan daun kucai.

▶ Perasakan, jika tak cukup masin, boleh tambah sedikit garam dan secukup rasa. Jika rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

▶ Sedia dihidang dan sedap dimakan panas-panas.

Kredit raffieyusoff via ibu resepi
Kredit foto : Cik Puan Diey

 

KUEY TEOW LADNA

 Ada yang keliru apa beza Kungfu dan ladna? Sudah pasti ada bezanya. Jika Kungfu kita balut kuey teow dengan telur, ladna pula kita hancurkan telur ketika dimasak.

Warna kuah yang juga putih kekuningan dan rasa yang pekat pasti buat ramai tertanya-tanya apa bezanya. Warna kuey teow ladna adalah berbeza dengan kuey teow Kungfu tau.

Buat sendiri je lah lebih mudah dan senang! Meh saya kongsikan caranya.

RESEPI KUEY TEOW LADNA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4 paket kuey teow (leraikan)
  • 2 sudu sos tiram
  • ½ cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu sos ikan
  • Sedikit air

 

Bahan-bahan yang digunakan untuk kuah:

  • 6 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cawan isi ayam hiris
  • 1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
  • 1 paket serbuk mee sup
  • Air secukupnya (dalam 3 atau 4 cawan)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
  • Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan inoki)
  • 3 atau 4 sudu tepung jagung bancuh dengan ½ cawan air

 

CARA PENYEDIAAN KUEY TEOW LADNA:

▶ Mula-mula buat kuey teow nya dahulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow.

▶ Gaul kicap, soso tiram dan sos ikan. Masukkan ke dalam kuali bersam kuey teow tadi. Kacau guna api yang kecil sehingga sebati dan hamper masak.

▶ Tutup api, angkat dan ketepikan.

▶ Untuk bahagian kuahnya pula, panaskan minyak. Kemudian tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau wangi.

▶ Seterusnya, masukkan ayam dan daging. Kacau hingga ayam masak. Kacau sebentar

▶ Masukkan air ikut pada banyak mana kuah yang kita nak.

▶ Tambah serbuk mee sup, lobak merah dan batang kalian sahaja dulu.

▶ Perasakan dengan sos ikan. Kacau sebentar dan biarkan mendidih.

▶ Kemudian, masukkan cendawan hitam. Dan masukkan juga kalian, serta kobis cina yang dipotong tadi.

▶ Masukkan telur, kacau perlahan.

▶ Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga pekat dan mendidih.

▶ Sedia untuk dihidangkan. Tuang kuah ke atas kue teow dan makan bersama cili potong atau cili jeruk.

 

 

KUEY TEOW TH’NG

Bagaimana sebutan yang betul nak sebut menu ni? Ye! Betul sekali.. dibaca seolah-olah (Theng). Resepi ni memang unik dan jarang Nampak di seluruh semenanjung.

Resepi ini boleh didapati di bahagian utara Malaysia. Orang Kedah, Perlis dan Penang akan tahu masakan ini. Dan rasanya sangat sedap. Resepi ini adalah perkongsian daripada Nurul Huda Mustaffa.

Tak kira di mana kita berada, kita dah boleh rasa pelbagai jenis makanan hanya dari dapur kita. Yahhu. Jom kita mulakan!

RESEPI KUEY TEOW TH’NG

Untuk membuat menu ini, ada beberapa step dan bahanyang diperlukan. Kita perlu buat sup ayam dahulu, kemudian sambal nya.

 

SUP AYAM

Bahan-bahan yang digunakan untuk buat sup ayam :

  • Isi ayam dan rangka ayam
  • Bawang putih 4 ulas (diketuk)
  • Halia 3 inci (potong nipis @ mayang)
  • Sengkuang 1biji kecil @ gula batu ( potong nipis)
  • Kiub pati ayam (2 kiub)
  • 4 sekawan
  • Fishball n fishcake
  • Garam
  • 5 sudu minyak bawang butih goreng

 

CARA PENYEDIAAN SUP AYAM :

▶ RebUs semua bahan di atas sampai masak dan angkat.

▶ Kemudian, toskan isi ayam, fish boll n fish kek..

▶ Biar kuah dengan api yang perlahan selama 10 minit siap! Mudah kan?

 

CABAI KICAP

  • Cili padi 1 gengam
  • Bawang putih 4 biji
  • Limau 2 biji (ambik jusnya)
  • Kicap manis
  • Sedikit belacan

 

CARA PENYEDIAAN CABAI KICAP :

▶ Goreng semua bahan di atas separuh masak dan kisar sampai hancur. Sedia dimakan!

 

BAWANG PUTIH GORENG

▶ 4 labu bawang putih potong dadu kalau malas tumbok ja.. Goreng dengan minyak banyak sampai garing siap😊😊

 

BAHAN HIASAN.

  • Isi ayam koyak nipis @ carik halus
  • Fishcake n fishball potong nipis
  • Daun sup dan daun bwang
  • Taugeh mentah
  • Bawang putih goreng
  • Kuey teow kecik ( kalau tiada, besar pon boleh)

Kredit Resepi : nurul huda mustaffa

BACA JUGA: Aneka Resepi Mee Kuning Berkuah Yang Lazat Dan Wajib Cuba. Tip Macam Mana Hilangkan Bau Kapur

KUEY TEOW GORENG UDANG

Siapalah yang mampu menolak jika diajak makan kuey teow udang ni. Dari jauh pun dah bau semerbak harum!

Makan pulak dengan cabai jeruk, memang terangkat padu! Bila masak, taugeh biarkan rangup baru sedap kita nak gigit. Tapi terpulang kepada citarasa masing-masing ye.

RESEPI KUEY TEOW KERANG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 peket kuey teow – dilerai-lerai
  • 200gm udang dibersihkan
  • 200gm isi ayam
  • 1 cekak kucai – cuci bersih
  • 100grm taugeh
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos ikan thai – nampla
  • Sedikit minyak bijan
  • Kalau tak masin boleh ditambah kicap – ikut pada citarasa masing-masing

 

CARA PENYEDIAAN KUEY TEOW UDANG :

▶ Kupas semua bawang dan tumbuk lumat. Bersihkan udang dan sayur kucai.

▶ Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak.

▶ Masukkan daging ayam, udang dan dikacau sampai udang masak, kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata.

▶ Masukkan sos tiram, sos cili, kicap cair dan kicap manis dan gaul.

▶ Masukkan kucai dan taugeh dan kacau lagi. Bila taugeh agak layu terus masukkan semua kuey teow. Kacau semua bahan sehingga rata dan mesra.

▶ Boleh la ditutup api dapur bila kuey teow dah masak. Bila goreng kuey teow saya akan guna api dapur yang paling besar dan kuey teow ni dimasak/goreng dengan cepat supaya kuey toew tak jadi hancur kalau terlampau lama dikacau

 

CHAR KUEY TEOW

Satu lagi menu masakan yang sedap dimakan dengan cabai jeruk. Dimakan pula char kuey teow ni panas-panas. Sedap!

Nak makan char kuey teow ni tak boleh lambat-lambat. Sebab nanti kembang semangkuk jadinya. Jom kita makan char kuey teow malam ni! Terima kasih Fiza Samiat Flp kerana kongsikan resepi yang best ni.

RESEPI CHAR KUEY TEOW

Bahan Kuah Kicap ( Hidangan untuk 8 orang )

  • 1 ½ Senduk kicap Pekat
  • 1 Senduk sos cili
  • 1 Senduk sos tiram
  • 1 Senduk Otak udang
  • 1800ml air rebusan udang
  • 3 sudu gula
  • 4 sudu garam
  • kalu nk masukkan aji terpulang saya tak masukkan
  • 4 sudu chicken stock/ckup rasa permintaan kuah banjir

 

Masukkan semua bahan dalam periuk masak sehingga mendidih

Sukatan untuk periuk saiz kecil

 

Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • kisar keduanya masukkan dalam 1 bekas
  • segengam cili kering rebus dan kisar
  • ¾ ekor udang
  • sejemput kerang
  • semangkuk kuey teow
  • kucai di potong 2 inci
  • sejemput taugeh
  • sebiji telur

 

CARA PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW :

▶ Panaskan kuali masukkan 3 sudu minyak masak

▶ Masukkan udang masak api besar sampai garing

▶ Masukkan 1 sudu bawang & 1 sudu cili kering.. jika berani,  sengetkan kuali api akan menyambar.. ni yang buat sedap akan rasa hangit-hangit..

▶ Masukkan 4 senduk kuah kicap.. kuah mendidih masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.. kacau 2- 3 kali slowkan api

▶ Pecahkan telur kacau sebati terus tutup api… Jangan lama nanti kuah kering

▶ Siap dihidang

 

Bahan-bahan untuk sediakan Cili Jeruk :

  • Lada Hijau hiris
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • Cuka masak 1 botol
  • 1 cawan air panas

 

▶ Campur semua bahan. Peram beberapa jam. Lagi lama lagi sedap.

Kredit Resepi : Fiza Samiat

 

KUEY TEOW GORENG KERANG

Jika tetamu datang ke rumah, menu paling simple dan senang nak buat adalah kuey teow selain daripada mi goreng.

Bak kata orang, campak-campak je zaas, Siap!

RESEPI KUEY TEOW KERANG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 bungkus kuey teow
  • 300 gram kerang
  • 100 gram taugeh
  • 1 batang sawi
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu serbuk cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 5 sudu kicap cair
  • 5 sudu kicap manis
  • 2 biji telur
  • garam
  • gula

 

CARA PENYEDIAAN KUEY TEOW KERANG :

▶ Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih.

▶ Masukkan serbuk cili bersama sedikit air. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan kicap cair,kicap manis dan sos tiram.

▶ Masukan kerang, sedikit air dan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.

▶ Bila sudah mendidih masukkan 2 biji telur. Biarkan hingga masak

▶ Akhir sekali masukkan sayur sawi dan taugeh. Kacau seketika.

▶ Siap untuk dihidang

Kredit resepi : Mocque


Sedapkan kalau dapat makan kuey teow ni. Nak buat senang, bahan-bahan pun mudah nak dapat. Kepada yang baru nak belajar masak kuey teow ni, memang sesuai untuk follow resepi-resepi yang saya kongsikan ni.

Selamat mencuba tau!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open