Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pulut Kuning Makan Dengan Telur Dadar. Menu Kenduri Orang Kelantan Yang Simple Dan Confirm Sedap!

0 195

Wah! Siapa pernah cuba resepi pulut kuning Kelantan ni? Sedap kan! Resepi ni memang rare dan famous kat Kelantan. Sebab pulut kuning ni akan di makan dengan telur dadar. Jom try buat kat rumah. Memang unik ye!

Nama lain pulut kuning Kelantan ni jugak dikenali sebagai pulut semangat. Memang ramai penggemarnya. Walaupun dah ramai yang pandai buat pulut kuning, apa salahnya kalau kita cuba versi ni pulak kan. 

Lain orang dan tentu lain caranya. Kat Kelantan, bila ada kenduri je kek dan pulut kuning ni kena ada. Biasanya pulut kuning ni di makan dengan telur rebus, tapi kali ni kita akan hidang dengan telur dadar yang diletakkan pewarna. 

Nampak meriah pulak warna telur dadar ni. Telur dadar yang dihidang dengan pulut kuning ni akan di campur dengan pewarna sebelum digoreng. Terpulang korang nak letak warna apa. Boleh pelbagaikan warnanya untuk lebih menarik. 

Resepi pulut kuning Kelantan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rudyana Abdullah. Boleh guna resepi untuk buat birthday kek menggunakan pulut kuning. Lepas tu hias la dengan telur dadar warna warni tu. 

RESEPI PULUT KUNING KELANTAN DAN TELUR DADAR

Simple, mudah dan sedap. Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan pulut kuning ni. Resepi pulut kuning dan telur dadar ni seperti dibawah.

 

Bahan-bahan pulut kuning :
  • 3kg beras pulut
  • 1 1/2kg santan pekat
  • Pewarna kuning
  • Garam
  • Asam keping

 

Bahan-bahan untuk telur : 
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Pewarna

CARA PENYEDIAAN PULUT KUNING KELANTAN DAN TELUR DADAR :  
Cara penyediaan pulut kuning : 

▶️ Basuh beras bersih-bersih, kalau tak bersih pulut cepat basi.

▶️ Letak pewarna dan gaul sebati.

▶️ Kemudian, letak air tinggi dari pulut.

▶️ Letak beberapa keping asam keping dan biar sekejap. Boleh rendam 1 1/2 jam.

▶️ Kemudian, kukus beras pulut.

▶️ Sementara tunggu pulut naik wap, gaul santan dengan garam.

▶️ Biar santan rasa betul-betul masin di lidah. Tak nak letak gula pun boleh. Baru terasa pulut lemak-lemak masin nanti. 

▶️ Pulut dah naik wap, angkat. Arung dengan santan, letak santan sikit-sikit dan gaul.

▶️ Kalau ada nampak pulut tu ketul-ketul, tuang santan atasnya dan gaul. Gaul hingga sebati.

▶️ Kemudian, kukus untuk kali yang ke dua, macam tadi dah naik wap angkat. Siap!

Cara penyediaan telur dadar :  

▶️ Pukul telur dengan garam dan ajinamoto.

▶️ Garam dah hancur, sapu minyak di kuali dan tuang telur.

▶️ Lengang telur dalam kuali, tak nak tebal sangat.

▶️ Dah masak angkat dan gulung telur.

▶️ Potong atau ikut kreativi masing-masing.

▶️ Tabur telur atas pulut. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Perut Air Asam Yang Simple Tapi Menyelerakan. Cukup Dengan Rasa Masam Dan Pedas!

 

Pulut ni nak makan dengan gulai ayam, rendang ayam atau serunding pun boleh. Terpulang ikut selera memasing-masing. Kalau nak warna warni kan telur dadar tu, buh je warna apa yang korang suka. Menu ni sesuai sangat untuk kenduri kan.

Mesti korang pelik kan kenapa pulut kuning yang dihidang untuk kenduri di makan dengan telur dadar? Pelik memang pelik, tapi member aku orang Kelantan kata, menu ni simple tapi sangat sedap. Try la buat nanti. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rudyana Abdullah kerana sudi berkongsi resepi pulut kuning Kelantan dan telur dadar ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open