Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Perut Air Asam Yang Simple Tapi Menyelerakan. Cukup Dengan Rasa Masam Dan Pedas!
Siapa suka makan babat atau perut lembu? Nah, ni dia resepi perut air asam yang wajib korang cuba kat rumah. Sedap weh! Nak ratah macam tu je pun boleh. Lengkap dengan rasa pedas dan masam. Kecur liur pulak dibuatnya.
Selain dibuat sup, perut lembu jugak sedap di hidang dengan air asam macam ni. Cara penyediaannya pun tersangat lah mudah. Tak perlu guna banyak bahan. Korang yang suka makan perut lembu wajib cuba resepi ni kat rumah nanti.
Belum makan lagi, dah terasa kelazatan perut air asam ni kat tekak. Tapi ramai jugak yang tak reti makan perut lembu ni kan. Perut ni kena cuci bersih sebelum masak. Supaya perut tak berbau hanyir masa nak makan nanti.
Nak tunggu raya lambat lagi kan. Kot korang nak cuba masak lauk ni kat rumah, boleh la beli perut kat pasar awal pagi esok. Kalau lambat, peniaga-peniaga kedai makan confirm dah borong semua perut lembu yang ada kat pasar tu.
Resepi perut air asam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noriza Awang Hamat. Mudah dan semetinya sedap! Lauk ni tak pernah lagi jumpa orang jual kat luar. Kalau nak makan, kena la buat sendiri kat rumah.
RESEPI PERUT AIR ASAM
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan perut air asam ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti di bawah. Rugi tau tak cuba menu simple ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Perut lembu
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Serai
- Bawang besar
- Tomato
- Gula
- Air asam jawa
- Perahan jus limau
Bahan kisar :
- Bawang merah
- Belacan (dibakar)
- Cili padi
- Cili api
CARA PENYEDIAAN PERUT AIR ASAM :
▶️ Rebus perut dengan bawang putih, bawang merah, halia dan serai yang ditumbuk kasar.
▶️ Kisar bawang merah, belacan yang dibakar dan cili padi + cili api.
▶️ Campur bawang besar, buah tomato, cili dipotong dadu + gula + air asam jawa + perahan jus limau.
▶️ Kemudian, masukkan bahan yang dibland tadi dan gaul rata.
▶️ Akhir sekali, masukkan perut lembu yang telah dipotong ke dalam air asam.
▶️ Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kedondong Asam Boi Untuk Kudapan Di Rumah. Kecur Liur Dibuatnya!
Mudah je kan nak buat perut air asam ni. Lengkap dengan rasa pedas dan masam. Memang padu weh! Confirm licin pinggan dibuatnya. Nak hidang perut air asam ni dengan nasi pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
Cara bersihkan perut lembu ni agak renyah sedikit. Kena kikis semua kotoran hitam tu sampai jadi putih. Berejam jugak nak buatnya. Guna je tips rendam dengan cuka sejam dua, terus perut jadi putih. Kan senang!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noriza Awang Hamat kerana sudi berkongsi resepi perut air asam yang simple tapi menyelerakan ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!