Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Aiskrim Cendol Viral Guna 3 Bahan Je. Nyaman Rasa Tekak Makan Cendol Cuaca Panas Ni!

0 788

Musim-musim panas ni kalau pekena cendol sedap jugak kan? Tapi, kalau nak beli yang paling sedap kat luar tu, mesti kedai tu jadi tumpuan ramai. Malas nak beratur panjang menunggu. Baik buat sendiri kat rumah. Follow je resepi aiskrim cendol viral 3 bahan ni kat sini.

Nak buat cendol ni mudah je. Kalau tak tahu nak buat adunan cendol tu, korang beli je yang siap dalam packet tu. Kat supermarket banyak yang jual cendol segera. Lagi senang! Lepas tu beli je lagi 2 bahan iaitu santan dan ice cream coconut gula Melaka. Dah cukup!

Korang tak perlu buat air gula, tak perlu buat adunan cendol bagai. Semua 3 bahan ni beli je lagi mudah! Santan yang korang guna tu bukan campur macam tu je tau. Takut sakit perut pulak jadinya. Nak mudah korang bancuh dengan air panas.

Ada juga yang masak santan tu. Tapi, ikut cara masing-masing lah kan nak mudah mana. Sesetengah orang ada juga yang akan gantikkan santan dengan susu cair atau fresh milk. Tapi, korang nak guna santan pun dah sedap sangat. Cuma kena masak atau bancuh dengan air panas lah kan.

Resepi aiskrim cendol viral guna 3 bahan ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Anirusni Bt Mat Rozi – mekji melalui laman Facebooknya. Ramai ye penggemar cendol yang share resepi ni. Sampai kan post ni dapat 5.1k share di Facebook.

 

AISKRIM CENDOL VIRAL

Cendol ni memang ramai penggemarnya. Makan sejuk-sejuk time cuaca panas terik macam sekarang ni, rasa lega je tekak! Best sangat. Anak-anak nak buat sendiri pun boleh. Kalau ada durian, bolehlah letak sebijik dalam cendol tu nanti. Sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ice cream coconut gula Melaka
  • Santan
  • Cendol paket

CARA PENYEDIAAN AISKRIM CENDOL VIRAL :

▶️ Mula-mula, bancuh santan dengan air panas dan perasakan dengan sedikit garam. Nak masak santan dulu pun boleh.

▶️ Kemudian dalam bekas hidangan, masukkan pula aiskrim secawan dan cendol.

▶️ Tuang santan yang sudah di bancuh tadi.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Buat Kuah Yong Tau Fu Ala Pasar Malam Yang Mudah Dan Sedap. Masak Sendiri Lagi Puas Hati!

 

Terus makan sejuk-sejuk sedap sangat rasanya. Macam makan cendol kat kedai tau! Mudah je kan nak buat aiskrim cendol ni. Patutlah viral sebab resepi pun simple dan tak renyah. Dalam santan tadi, jangan lupa letakkan sedikit garam ye. Barulah balance semua rasa cendol tu nanti.

Korang kena cuba aiskrim cendol viral ni. Memang sedap! Korang nak letak kacang, nak letak jagung atau durian pun boleh. Tambah je! Kita buat dia kan, bukan dia buat kita. So, korang boleh adjust ikut cita rasa masing-masing nanti.

Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepala Cik Puan Anirusni Bt Mat Rozi – mekji kerana sudi berkongsi resepi aiskrim cendol viral guna 3 bahan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open