Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sotong Siram Ala Thai. Resepi Simple Je Tapi Sedap Menjilat Jari!
Sedapnya sesekali dapat makan masakan sotong siram ala thai ni. Pelik dan uniknya je nama dia kan. Tapi sekali cuba confirm repeat tau! Biasa sangat dah makan sotong sambal, sotong kunyit, kari sotong. Sekali sekala ubah rasa makan sotong siram ni.
Resepi ni memang menggunakan sotong sebagai bahan utama. Tapi andai ada yang tak suka makan sotong, atau tak boleh makan sotong bolehlah gantikan dengan binatang lain pulak.
Paham sangat mak-mak yang jenis masak setiap hari ni. Kering idea dah nak masa kapa. Lebih-lebih lagi sekarang PKP sedang berlangsung ni memang di rumah sahaja lah nampaknya. Tu yang datang idea pelbagai masakan untuk dicuba.
Perkongsian resepi daripada Cik Puan Sabrina Amran ni memang sedap dan marvellous. Kalau tak percaya, korang wajib cuba dan rasa sendiri. Hidangkan untuk keluarga pun mesti bertambah nasi dibuatnya.
Simpan dulu resepi ni supaya boleh rujuk semula untuk buat bila berkelapangan nanti. Jika tidak ada sotong, gantikan sahaja dengan apa jua yang kita ada.
RESEPI SOTONG SIRAM
Untuk yang belum pernah makan, wajib cuba sekali je. InsyaAllah lepas ni akan jadi salah satu makanan kegemaran kita. Masakan ala Thai ni, siapa je tak suka kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sotong
- Limau nipis / lemon
- Soso cili Thai
- Minyak masak
BAHAN HIRIS NIPIS
- 3 biji Cili padi
- 1 batang Serai
- 1 inci Halia
- 2 ulas Bawang putih
- 1 biji Bawang merah
- 2 helai Daun limau nipis
CARA PENYEDIAAN SOTONG SIRAM :
▶ Mula-mula sekali, basuh sotong dan toskan. Potong sotong ikut citarasa masaing-masing.
▶ Kemudian, gaulkan sotong dengan garam dan kunyit. Goreng sekejap separuh masak.
▶ Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serai. Tumis sampai naik bau.
▶ Masukkan sos cili Thai dan kacau sebati. Dah agak garing, masukkan cili padi, perahan asam limau dan juga daun limau purut.
▶ Akhir sekali, masukkan sotong dan terus kacau. Tak perlu masak lama sebab nanti sotong akan liat.
▶ Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas!
BACA JUGA: Cara Buat Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu. Tip Elakkan Kelapa Parut Cepat Basi!
Jika suka berkuah, masukkan sedikit air dan sos Thai. Tapi masakan ni memang tidak perlukan kuah yang banyak sangat. Makan macam tu pun dah sedap dan boleh habis licin.
Rasa sotong siram ni, memang rasa dia masam-masam manis dan pedas. Ngam sangat kalau buat untuk hidangkan sebagai lauk tambahan jika ada tomyam, atau kuah stim limau.
Jangan lupa cuba dan kongsikan resepi sotong siram ala thai dekat wall facebook masing-masing ye. Untuk yang nak cuba tu, selamat mencuba dan selamat menjamu selera!